PEGUAM NAJIB SAMBUT BAIK KEPULANGAN ROGER NG KE MALAYSIA

338
SHARES
2k
VIEWS

Lim Sian See 

Berita bahawa hukuman penjara Roger Ng ditangguh dan beliau bakal dibawa pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan terhadap kes 1MDB ini akan disambut baik peguam Najib.

Pada tahun 2021, peguam Roger Ng iaitu firma terkenal Brafman & Associates pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Roger Ng dan peguamnya memiliki bukti-bukti yang digelar peguam itu sebagai ‘ekskulpatori’ berhubung Najib yang bakal membuktikan beliau bukan dalang 1MDB tetapi kebenaran sebenar telah sengaja disorok daripadanya oleh boss beliau di Goldman Sachs dan Jho Low.

(Kenyataan bekas boss Roger Ng iaitu Tim Leissner di mahkamah Amerika Syarikat tahun lepas juga tidak pernah tuduh Najib sebagai dalang utama ataupun terlibat dalam skandal 1MDB)

Keterangan bersifat ekskulpatori adalah keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan tetapi dihalang oleh DOJ dan mahkamah Amerika Syarikat untuk didedahkan atau diberi kepada Najib.

Peguam Roger Ng kata dalam satu kenyataan bahawa ia sangat tidak bermoral dan beretika bahawa bukti-bukti ini dihalang untuk diberi kepada Najib sebab ia melibatkan nama baik dan kebebasan seorang individu.

Pada mulanya, Najib menang di Mahkamah Amerika Syarikat untuk mendapat bukti tersebut tetapi telah dihalang oleh permohonan DOJ kepada mahkamah Amerika Syarikat yang berkata bahawa bukti itu tidak boleh didedahkan atas alasan “keselamatan negara” (national security).

Lalu, Najib turut memohon di mahkamah Malaysia untuk mendapat bukti tersebut tetapi turut ditolak oleh hakim.

(Kenapa mahkamah Malaysia juga halang bukti dan kebenaran berkenaan 1MDB diberi kepada Najib? Kamu tanyalah Maimun)

Sebab itu, peguam Najib tiada akses kepada keterangan yang mungkin membersihkan namanya, walaupun Ng memiliki keterangan itu.

Mungkinkah kepulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Najib?

Najib belum diberi bukti berpotensi bebaskannya, walaupun perolehi perintah mahkamah“, rujuk;
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/13/najib-belum-diberi-bukti-berpotensi-bebaskannya-walaupun-perolehi-perintah-mahkamah/

Najib lawan permohonan kerajaan AS halang akses dokumen 1MDB“, rujuk;
https://www.malaysiakini.com/news/566999

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts