NAJIB PALING SEDIKIT DISAMAN BERBANDING PEMIMPIN LAIN

347
SHARES
2k
VIEWS

Oleh Lim Sian See 

SEJAK PRU-15:

5 Disember 2022: Anwar saman Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana memfitnah Anwar membawa agenda LGBT

13 Disember 2022: Anwar saman Sanusi kerana menuduh Anwar sebagai tidak bermoral

20 Disember 2022: Anwar saman Muhyiddin atas dakwaan dibayar RM15 juta oleh kerajaan negeri Selangor

31 Disember 2022: Individu bernama Mohd Hatta Sanuri saman Tun Mahathir dan Muhyiddin kerana batalkan projek HSR. Tuntut pampasan RM1 juta seorang untuk setiap rakyat Malaysia.

3 Mac 2023: Anwar saman Ahli Parlimen PN Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim kerana kata Anwar lagi zalim berbanding Mahathir

27 Mac 2023: Lim Guan Eng saman Muhyiddin berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

4 Mei 2023: Mahathir saman Anwar kerana digelar penyangak

4 Mei 2023: Mahfuz tuntut Sanusi bayar segera ganti rugi saman fitnah

26 Mei 2023: Muhyiddin ugut saman Anwar atas tuduhan Perikatan Nasional menerima duit judi. Namun tidak pasti saman ini telah diteruskan ataupun tidak.

9 Julai 2023: Lim Kit Siang saman Annuar Musa sebab kaitkan Kit Siang dengan peristiwa 13 Mei. Annuar Musa kata beliau akan saman balik.

21 Julai 2023: Sanusi saman Saifuddin Nasution isu REE, MARRIS

28 Julai 2023: Muhyiddin saman Anwar berkait hutang FELDA

3 Ogos 2023: Amirudin, Berjaya ugut saman Sanusi berkait projek sungai di Selangor.

Lawyer-lawyer happy je.

—-
Sedar atau tidak, Najib paling jarang disaman atau diugut saman fitnah?

Sebab politik Najib ialah berdasarkan fakta dan data – bukan tohmahan dan fitnah.

Hanya sekali dalam tempoh 5 tahun lalu Najib diugut saman biarpun Najib keluarkan lebih 10 posting setiap hari masa itu – iaitu jumlah melebihi 15,000 postings.

Itupun sebab Dzulkefly Ahmad tidak puas hati apabila Najib naikkan berita dari Sinar Harian yang kata anaknya diberi jawatan dalam kerajaan.

Memang benarkan anak dia diberi jawatan dalam kerajaan tetapi Dzulkefly tidak puas hati sebab Najib naikkan berita itu dengan tajuk “Kronisme AIM: Pelantikan anak menteri tiada kaitan dengan KKM“.

Najib naikkan screenshot dengan tajuk pelantikan anaknya tiada kaitan dengan jawatan dia sebagai menteripun, Dzulkefly tidak puas hati.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts