TIGA SOALAN YANG SEPATUTNYA ANWAR, PH-BN TANYA KEPADA MAHIADDIN

85
SHARES
275
VIEWS

Oleh Lim Sian See

Sampai sekarang, saya tidak faham kenapa tiada seorangpun pemimpin dari PH-BN yang tanya Muhyiddin tiga soalan berhubung kes Jana Wibawa sebagaimana page Facebook Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak pernah tanya.

Sebaliknya, banyak pula tuduhan yang mereka buat berhubung nadir bumi yang masih tidak terbukti ataupun didakwa dalam mahkamah.

Sedangkan jelas kontraktor-kontraktor Cina bagi Jana Wibawa pernah bayar wang kepada akaun parti Bersatu, Ketua Penerangan Bersatu, sepupu menantu Muhyiddin dan kawan baik berbangsa Cina dia dari Muar.

Soalan pertama:
Kenapa pula kontraktor-kontraktor ini sanggup bayar wang kepada Wan Saiful, sepupu menantu dan kawan baik Muhyiddin yang langsung tiada kuasa untuk beri projek-projek Jana Wibawa? Siapa sebenarnya yang ada kuasa?

Soalan kedua:
Jana Wibawa ialah program untuk bantu kontraktor Melayu. Kenapa pula kontraktor-kontraktor Cina yang dapat projek pula dan mereka juga yang bayar wang kepada puak Muhyiddin?

Adakah ia benar bahawa penyamun sebenar tidak akan masukkan wang samun ke dalam akaun sendiri lepas itu disedekahkan semua tetapi akan terima melalui geng-geng dia terutamanya dalam bentuk tunai untuk kekayaan peribadi.

Soalan ketiga:
Saksi utama kes UKSB melibatkan Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi, menyebut dalam mahkamah bahawa mereka pernah bayar RM1.3 juta rasuah kepada Muhyiddin ketika beliau Menteri KDN melalui kawan baik Muhyiddin yang berbangsa Cina dari Muar itu.

Adakah ia satu kebetulan bahawa orang Cina tersebut juga antara mereka yang didakwa menerima wang rasuah dalam bentuk tunai dari kontraktor-kontrakor Jana Wibawa?

Cuba Anwar tanya. Tengok apa yang Muhyiddin jawab. Yang Muhyiddin hanya boleh jawab ialah: “Kes ini sudah dalam mahkamah dan ianya subjudis untuk membincangkannya“.

Namun, ramai akan mula berfikir jika Anwar hanya tanya sahaja soalan-soalan ini. Page Facebook Najib sudah lama beri ‘hint’ beberapa bulan lalu. Kenapa anda semua tidak buat?

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts