DEBAT PILIHAN RAYA SUBURKAN DEMOKRASI

334
SHARES
2k
VIEWS

1. Ciri penting dalam demokrasi yang mengiktiraf suara rakyat sebagai suara keramat ialah pilihan raya.

2. Para calon yang bakal menjadi pemimpin perlu memenuhi kriteria seorang pemimpin yang berkaliber dan beridea.

3. Manifesto bukanlah gula-gula, tetapi ia menunjukkan kemampuan satu pihak dalam mengemukakan tawaran idea sebagai wakil sebelum dipilih bagi melaksanakan keperluan dan kehendak rakyat setempat.

4. Emosi dan sentimen semata-mata tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.

5. Pemimpin bukan sekadar perlu pandai berhujah, tetapi perlu bekerja. Kata-katanya harus membangkitkan semangat, lantas menggerakkan perubahan.

6. Pemimpin itu juga semestinya berkemampuan untuk “walk the talk“. Sebagai rakyat, bagaimana untuk kita mahu mengukur kemampuan sebegitu secara telus dan terbuka?

7. Debat ialah medan untuk melontarkan idea, dan idea itu pula bebas untuk dinilai kebolehpercayaan dan kebolehlaksanaannya.

8. Demikianlah kali ini, kita bakal menyaksikan debat terbuka antara Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli dengan YB Syahir Sulaiman, Timbalan Setiausaha Agung PAS. YB Rafizi yang sering disindir sebagai ‘Raja Formula’ sangat terbuka untuk dikritik dan disemak imbang.

9. Debat merupakan pentas terbaik untuk mana-mana pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang untuk mencadang, mahupun menyanggah idea dan melontarkan idea alternatif. Ia wajar digunakan sebagai platform utama untuk meyakinkan para pengundi. Jika di pentas ceramah, sesetengah pemimpin boleh bersyarah sehingga dijulang sebagai panglima perang, mengapa tidak berhujah di pentas debat?

10. Kerana itulah ia sudah lama menjadi amalan di negara barat, seperti yang dapat dilihat di Amerika Syarikat contohnya, apabila debat presiden dipertontonkan kepada khalayak.

11. Berhujah dan berdebatlah dengan fakta dan konteks yang tepat agar rakyat dapat membuat penilaian sebaiknya dalam PRN nanti. 

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts