PENGAKUAN HAKIM COLLIN MENGEJUTKAN – PUAD ZARKASHI

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Pengakuan Hakim Collin Lawrence Sequerah amat mengejutkan. Dia mengaku pernah jadi rakan kongsi Jasmine Loo 10-15 tahun lalu. Ini satu lagi contoh kenapa perbicaraan adil untuk Najib dipersoalkan.

Ini macam konflik kepentingan Hakim Nazlan yang terus disenyap-sepikan. Setelah lima tahun baru Hakim Collin buat pengakuan. Itupun setelah Jasmine Loo ditangkap. Dia orang buruan di Switzerland.

Menurut Collin pengakuan itu demi “kepentingan ketelusan dalam pentadbiran keadilan”. Setelah lima tahun dan setelah Jasmine Loo tertangkap?

Adakah itu puncanya tidak ada kesungguhan untuk tangkap dan bawa balik Jho Low dan Nik Faisal? Macam sesuatu mahu disembunyikan supaya Najib terus jadi mangsa.

Peguambela Najib menyatakan Jasmine Loo ialah saksi yang sangat relevan. Jangan pula nanti pihak pendakwaan tidak menawarkan beliau sebagai saksi.

Diharapkan PDRM menyegerakan usaha membawa balik Jho Low dan Nik Faisal. Kalau Jasmin Loo boleh ditangkap kenapa tidak mereka berdua?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts