BEKAS PERDANA MENTERI JEPUN SHINZO ABE MATI DITEMBAK

81
SHARES
262
VIEWS

Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang sebelum ini kritikal selepas ditembak, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi. Beliau yang sedang berkempen di wilayah barat Nara, ditembak dari belakang dengan menggunakan senapang patah oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. 

Ia merupakan insiden pertama yang berlaku melibatkan seorang pemimpin tertinggi Jepun sejak pasca perang tahun 1930, telah menimbulkan kegemparan di negara tersebut yang terkenal dengan undang-undang senjata api antara yang paling ketat di dunia.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengecam keras perbuatan tersebut dan menyifatkan pelakunya sebagai sangat tidak bertamadun dan tidak boleh dimaafkan. Kejadian yang menggemparkan dunia ini juga mengejutkan rakyat Jepun yang terkenal dengan sifat lemah-lembut dan sangat apologetik, sekaligus telah menggugat keharmonian demokrasi di negara tersebut selama ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts