BENARKAH RAMAI MAHU TUN MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI?

130
SHARES
418
VIEWS

Perdana Menteri dua kali iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri ‘hat-trick‘ buat kali ketiga, seperti biasa akan menggunakan alasan “banyak pihak mahukan beliau”. Tetapi mungkin Tun Mahathir lupa bahawa di zaman beliau memerintah selama 22 tahun dahulu tiada lagi internet dan media sosial, maka ketika itu amat sukar meneka apa maklum balas atau kritikan rakyat terhadapnya setiap kali beliau berikan pandangan.

Tetapi kini semuanya telah berubah, setiap kali beliau cuba membuat ‘come back‘ dengan menggunakan alasan “ramai mahukan beliau”, rakyat dan netizen akan berterusan memberikan komen sebaliknya. Ramai mencemuh serta mempersenda alasan beliau kononnya ramai masih mahukannya, sedangkan hakikatnya majoriti rakyat menolak beliau.

Terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang marahkan beliau kerana menjadi penyebab utama Pakatan Harapan tumbang sekaligus menggagalkan hasrat mereka untuk merasa bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebagai Perdana Menteri mereka. Banyak komen-komen di portal-portal berita yang menyiarkan berita mengenainya akan mencemuh dan menyindir Tun Mahathir.

Ada yang berkata hanya anak-anak dan kroni-kroninya sahaja yang mahukan beliau sebagai Perdana Menteri kerana masing-masing tamak mahu menambah kekayaan. Ada juga sindiran yang meminta beliau yang sudahpun sangat lanjut usianya untuk menumpukan kepada amal ibadat, bermain dengan cucu dan cicit, namun paling penting jangan lagi mencampuri urusan politik negara.

Ramai juga yang mahukan beliau menunjukkan bukti siapakah yang tidak cerdik mahukan Perdana Menteri lanjut usia dan asyik berulang alik ke hospital kerana bagi generasi muda, cukuplah 22 bulan menjadi bukti kegagalannya memerintah.

Kesimpulannya, lebih ramai yang mahukan Tun Mahathir bersara dan berhenti mencatur politik negara melalui pemimpin proksi yang menjadi bonekanya. Semuapun sudah muak dan menyampah dengan beliau yang lanjut usia tetapi masih mahu berlakon menjadi penyelamat negara.

Majoriti rakyat tahu dan sedar, beliau mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga semata-mata kerana mahu menjarah negara buat sekian kalinya, bukan menyelamatkannya daripada rasuah dan kleptokrat – kerana hakikatnya beliaulah bapa rasuah dan Raja Kleptokrat sejak tahun 80-an dahulu lagi.

Cuma Mahathir beruntung belum pernah dihadapkan ke mahkamah, jika tidak tentu beliau berpeluang mencipta sejarah menjadi banduan tertua di dunia. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts