Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenan nasihat Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen pada 10 Oktober 2022.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi menentukan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang perlu diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh pembubaran.