OPERASI AMATUR MOSSAD GAGAL, ISRAEL KEMBALI ‘KOYAK’

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Dalam filem-filem Barat, agensi perisikan mereka sering digambarkan sebagai elit, berkuasa dan mempunyai strategi licik untuk menumpaskan musuh atau melakukan sabotaj. Dalam pada semua agensi di atas, MOSSAD sering kali cuba ditonjolkan sebagai paling elit, memiliki tahap kerahsiaan tertinggi serta pakar dan strategis terbaik, yang dibantu ejen atau aset mereka yang berpengalaman.

Malah kita sendiri selaku rakyat Malaysia sekalipun kadang-kala berlebihan dalam menggambarkan operasi agensi perisikan MOSSAD ini. Tetapi selaku agensi yang berdepan dengan human intelligence atau ‘humint‘, mana-mana agensi juga berdepan dengan kesukaran terutamanya apabila humint mereka sendiri gagal dilatih dengan baik.

Buktinya, kurang daripada sehari, operasi MOSSAD menculik dan interogasi warga Palestin telah berjaya dipatahkan dengan mudah oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sekaligus memberikan tamparan yang hebat buat agensi perisikan Israel tersebut. Bahkan, nama-nama dan wajah-wajah operatif utamanya yang menerima arahan langsung daripada MOSSAD juga sudah ditularkan. 

Jika begini, mereka ini tidak layakpun digelar ejen ataupun aset, malah istilah “Israeli spy ring” yang digunakan oleh pihak media utama juga dilihat amat berlebihan dan memalukan, jika mahu dibandingkan dengan apa yang barat dan Israel sering gambarkan.

Perancangan lemah, tidak bersedia, masalah komunikasi serta digagalkan oleh keterujaan operatif yang terlebih seronok kerana kononnya ‘terlibat’ dengan MOSSAD, yang sebenarnya melebihi kemampuan mereka. Cuma sedikit kelakar apabila operatif Melayunya ‘takut-takut’ tetapi perasaan takut tersebut cuba diatasi dengan rasa teruja ‘serve‘ agensi perisikan luar dan mahu menunjuk-nunjuk kepada tuan mereka MOSSAD.

Inilah bukti humint sering kali menjadi penyumbang kegagalan buat agensi perisikan hatta yang se’elit’ MOSSAD. Hakikatnya ini bukanlah kali pertama pihak Israel gagal, malah dalam insiden diserang oleh ‘cytro‘ Malaysia melalui troll berskala mega sehingga mencetus fenomena “Israel Koyak” juga boleh membuktikan bahawa humint dan analisa salah boleh menyebabkan satu-satu operasi itu menemui kegagalan. 

Kajian pasca “Israel Koyak”, pusat kajian Israel yang rapat dengan MOSSAD sendiri iaitu The Meir Amit Intelligence And Terrorism Information Centre (ITIC) dan aktivis Israel merangkap seorang kolumnis, yang juga dikenali sebagai propagandis Israel iaitu Emily Schrader, pernah terkhilaf dalam menganalisa cara netizen Malaysia bertindak dalam skala mega yang menyebabkan slogan tersebut popular suatu ketika dahulu. 

Jika pusat kajian Israel yang terkait MOSSAD inipun boleh keliru dan diperdaya oleh cytro Malaysia ini maka bolehlah kita maafkan jika ada operatif amatur yang diupah oleh anggota MOSSAD yang juga dilihat tidak berpengalaman sehingga mudah dihidu oleh pihak berkuasa Malaysia. 

Kali ini mungkin boleh dipopularkan slogan “MOSSAD KOYAK” pula, khususnya bagi menggambarkan betapa teruknya operasi mereka di Malaysia yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Cuma yang menjadi kemusykilan di hati masyarakat, apa yang agensi perisikan negara lakukan, sehinggakan MOSSAD boleh merekrut orang Melayu sendiri menjadi ‘barua’ Yahudi Israel sejak 2018?

Tidak mungkin agensi perisikan negara boleh terlepas pandang perkara sebesar ini kerana bukankah pemantauan ke atas agensi-agensi asing ini adalah tanggungjawab mereka? Atau, adakah kerana asyik dengan “war room” politik sehingga keselamatan negara sendiripun boleh terlupa? Seperti ada sindiran netizen yang berkata, “Bersyukurlah kerana “abang-abang SB” sentiasa membuka mata, tetapi adakah pegawai agensi perisikan luar Malaysia asyik makan tidur sahaja?

Justeru, semoga yang salurkan maklumat sehingga tertangkapnya ‘barua’ MOSSAD itu adalah agensi kita, bukannya pihak polis semata-mata.  

Oh Malaysiaku. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts