Pengerusi Pejuang Tun Mahathir Mohamad yang kecewa dan sedih apabila partinya kalah teruk di seluruh 125 kerusi yang ditandingi, akan fokus menulis tentang sejarah dan aktiviti dalam negara. Kekalahan ini juga dilihat menoktahkan karier politik beliau dan juga hasrat anaknya ingin menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz yang turut kehilangan deposit di kerusi yang ditandingi, menerima seadanya kekalahan teruk partinya di PRU-15 lepas. Menurutnya, apa yang boleh dilakukan ialah memerhati pentadbiran parti yang menang di samping berdoa agar negara dapat dipulihkan, tidak kira siapa yang membentuk kerajaan seterusnya.
Mengenai bukunya pula, Mahathir percaya terdapat pelbagai kejadian dalam negara yang belum direkodkan termasuk yang berlaku pada zaman British. Beliau juga berkata terbuka untuk ditemu bual oleh mana-mana penulis.
Sebagai rekod, bekas Perdana Menteri dua kali yang bertanding di Langkawi, gagal mempertahankan kerusinya untuk penggal kedua, dengan hanya memperoleh 4,566 undi daripada 48,123 sekaligus menyebabkannya kehilangan wang deposit.
Buku yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh peminat dan penganalisis politik tanahair bagaimanapun tertangguh apabila Tun Mahathir masih sibuk berpolitik walaupun sudah berusia sangat lanjut walaupun sewajarnya beliau berehat bersama anak cucu di rumah sedekad dua yang lalu.
Apapun, selamat maju jaya diucapkan kepada Tun Mahathir.