MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID

77
SHARES
248
VIEWS

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas bekas Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan menasihatkan beliau agar berhenti ‘merengek’ serta ‘meroyan’ apabila tidak dapat menerima hakikat telah gagal menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Zahid juga meminta Mahiaddin agar belajar menjadi pembangkang berwibawa serta menghormati proses dan keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu dalam menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini. Tindakan Muhyiddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar Muhyiddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.” 

Muhyiddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan. Belajarlah menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu”.

Beliau juga menegaskan, kerajaan yang terbentuk hari ini bukanlah kerajaan Pakatan Harapan, sebaliknya Kerajaan Perpaduan hasil gabungan kerjasama antara parti terbesar dan parti-parti kecil lainnya. 

Muhyiddin lupa kuasa pelantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa baginda Yang Di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Begitu pelantikan Kabinet. Perdana Menteri sudah mempersembahkan senarai semua ahli jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan baginda. Selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, barulah diumumkan oleh Perdana Menteri,” tambahnya.

Kenyataan Zahid yang dipetik di laman Facebook-nya itu dibuat setelah melihat Mahiaddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak sampai 24 jam Kabinet mengangkat sumpah, Mahiaddin menuduh pembentukan kerajaan dan Kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Bagi netizen pula lebih mudah, mereka melihat Mahiaddin ‘merengek’ dan ‘meroyan’ mungkin kerana risaukan jumlah RM600 bilion yang dibelanjakan sepanjang darurat akan disiasat oleh pentadbiran Perdana Menteri ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Belum tentu Mahiaddin dan kerajaannya ketika itu bersalah tetapi penggunaan yang sebegitu besar dan meragukan sudah tentu perlu diberi perhatian dan dijelaskan kepada semua pihak. Siasatan ini tidak sukar kerana Anwar sendiri kini sudah menjadi Menteri Kewangan maka ia lebih mudah dijalankan. Cuma isu RM600 bilion ini jangan terlalu lama ‘diperam’, kelak rakyat pula akan sangsi dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts