• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

TUN MAHATHIR MEROYAN, TIDAK DAPAT TERIMA HAKIKAT ANWAR KINI PERDANA MENTERI

Kononnya Anwar tidak mampu memerintah dengan baik, realitinya "kronisme dan kartel" diamalkan di zaman Tun Mahathir

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
December 26, 2022
in Politik, Utama
0
TUN MAHATHIR MEROYAN, TIDAK DAPAT TERIMA HAKIKAT ANWAR KINI PERDANA MENTERI
29
SHARES
322
VIEWS

Tun Mahathir Mohamad masih lagi mahu menegakkan benang yang basah kononnya beliau ragu-ragu Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mampu mentadbir negara dengan baik sedangkan beliau sendiri sudah lama merosakkan negara ini sejak puluhan tahun yang lampau. Di bawah UMNO-Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, sama sahaja, beliau tetap menjahanamkan negara melalui ‘acuan’ pemerintahannya yang berteraskan kronisme dan kartel – mengkayakan beberapa rakan rapatnya seperti Tan Sri Vincent Tan, Ananda Krishnan, Robert Kuok dan beberapa taikun lain yang semuanya merupakan bilionair belaka. 

Bekas Perdana Menteri dua kali itu menggunakan alasan kononnya Anwar gagal dan semasa dua bulan ketiadaannya, Anwar tunduk dengan IMF sedangkan selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar sendiri tidak mempunyai apa-apa kuasa dan berdepan dengan masalah untuk mentadbir negara di bawah ‘cengkaman’ kuku besi Tun Mahathir. Tiada siapa boleh lupakan apa yang telah berlaku kepada semua timbalan beliau termasuk Tun Ghafar Baba dan Tun Musa Hitam, malah Anwar sendiri paling lama menjadi mangsa kezaliman Tun Mahathir selama 24 tahun, sejak dipecat pada tahun 1998.

Cuma takdir Allah Taala tidak boleh diubah oleh sesiapa hatta Tun Mahathir sendiri yang meluap-luap kebenciannya terhadap Anwar daripada dahulu dan tidak dapat menerima hakikat kini Anwar bergelar YAB Perdana Menteri. Oleh kerana itulah beliau asyik ‘meroyan’ dan mengulang-ulang nostalgia lama ketika Anwar masih timbalannya. 

Bagi Tun Mahathir, hanya beliau sahajalah yang paling layak segala-galanya di mana sikap narsistik dan beliau sahajalah yang betul sebegitu tebal dalam dirinya sejak dahulu. Cuma Anwar tidak boleh mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang cuba menghalang kroni-kroni dan kartel Tun Mahathir sehingga menimbulkan kemarahan ‘circle‘ bilionairnya itu yang akhirnya menyebabkan beliau sendiri meringkuk di penjara. 

Anwar perlu ‘mematikan’ dua perkara ini iaitu kronisme dan kartel yang dicipta oleh Tun Mahathir sejak sekian lama yang kini semakin membarah dan mencatur politik negara ini. Walaupun banyak pihak melihat Anwar boleh menghentikannya, mampu melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh Najib sebelum ini, namun beliau perlu berhati-hati kerana taikun-taikun ini wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Selagi mereka ini ada, selagi itulah setiap masalah yang berlaku di negara ini daripada isu kenaikan harga serta kekurangan bahan asas dan keperluan harian sehinggalah kepada isu monopoli akan berlaku. Cuma Anwar perlu mengenalpasti mana “monopoli yang baik” seperti beras yang sejak tahun 2000 harganya masih kekal RM2.60 sekilogram sehingga kini. Berbanding harga barangan lainnya seperti ayam dan telur yang juga dimonopoli oleh kartel tertentu yang masih kebal sehingga kini dalam menentukan harga sesuka hati demi ‘menjaga’ industri multi-bilion mereka. 

Negara perlu sedar, semuanya berselindung sebagai ahli perniagaan yang bijak mengambil peluang kononnya ingin membantu kerajaan sedangkan dalam masa yang sama mereka inilah orang yang sama membodek setiap Perdana Menteri sejak dahulu demi menjaga periuk nasi masing-masing walaupun dengan cara memeras rakyat.

Di bawah Tun Mahathir selama inilah yang menyebabkan amalan keji kronisme dan kartel ini berleluasa sehingga kini. Masalah utama inilah yang perlu dihentikan oleh Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri kesepuluh, tiada cara lain jika beliau mahu melihat negara kembali ke landasannya dan dalam masa yang sama ia tidak menyusahkan rakyat. 

Justeru, Tun Mahathir dinasihatkan agar berehat dan memakmurkan masjid di usia yang sudah terlalu lanjut ini dan biarlah pemimpin-pemimpin lain seperti Anwar pula yang mentadbir negara. Jika ia teruk sekalipun, tentu ia tidak akan seteruk apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selama 22 tahun dan 22 bulan pemerintahannya yang mencipta fenomena kronisme dan kartel sehingga kini.

Hakikatnya inilah dua legasi Tun Mahathir yang tidak akan dilupakan rakyat sampai bila-bila. 

Tags: AnwarKartelKronismeTun Mahathir
Previous Post

JOHARI ABDUL DILANTIK SPEAKER, RAMLI NOR DAN ALICE LAU TIMBALAN

Next Post

APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PERDANA MENTERI DIGESA SEGERA ‘BERSIHKAN’ MEIO

PERDANA MENTERI DIGESA SEGERA ‘BERSIHKAN’ MEIO

December 31, 2022
APA KATA PERDANA MENTERI DALAM ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN?

APA KATA PERDANA MENTERI DALAM ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN?

December 30, 2022
ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

December 29, 2022
KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

December 29, 2022
APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?

APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?

December 28, 2022
JOHARI ABDUL DILANTIK SPEAKER, RAMLI NOR DAN ALICE LAU TIMBALAN

JOHARI ABDUL DILANTIK SPEAKER, RAMLI NOR DAN ALICE LAU TIMBALAN

December 19, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In