• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ASIA CODING BUKAN MILIK DATAPREP, WIDAD

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
January 30, 2023
in Ulasan, Utama
0
ASIA CODING BUKAN MILIK DATAPREP, WIDAD
54
SHARES
602
VIEWS

SURAT PEMBACA | Sekarang ini banyak laporan di media sosial yang perlu ditapis dan dipastikan kesahihannya terlebih dahulu. Maknanya kita tidak boleh mudah percaya dan terima bulat-bulat.

Terbaru, berhubung isu laporan dalam portal Sabahkini2 bertarikh 27 Januari 2023 bertajuk “SPRM siasat ‘butler’ Hamzah Zainuddin ‘pau’ duit RM15 juta syarikat Asia Coding Centre“. Sebagai pemerhati korporat, sepintas lalu membaca laporan itu sudah boleh dikesan dengan cepat kesalahan fakta. Adalah tidak adil dan tidak bertanggungjawab mengheret pihak-pihak lain seperti Dataprep secara negatif. Ia boleh menimbulkan salah tanggapan terhadap syarikat berkenaan.

Jika kita rajin membaca perkembangan bisnes syarikat-syarikat senaraian awam, kita akan dapat membuat penilaian yang tepat. Saya yakin akhirnya hakikat sebenar akan diketahui nanti melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan sedang melakukan siasatan ke atas individu tertentu dalam isu tersebut.

Berikut pandangan ringkas saya.

1. Fakta yang ditulis tentang wang pendahuluan RM15 juta daripada Asia Coding adalah tidak tepat sama sekali. Asia Coding Centre Sdn Bhd bukanlah anak syarikat milik Dataprep Holdings Bhd ataupun Widad Group seperti yang dinyatakan. Asia Coding Centre Sdn Bhd dimiliki oleh individu-individu secara persendirian.

2. Asia Coding Centre Sdn Bhd, Dataprep Holdings Bhd ataupun Widad Group tidak pernah terlibat dengan projek Rundingan Terus Pembinaan Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Terengganu berjumlah RM420 juta.

3. Dataprep Holdings Bhd adalah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan Teknologi Maklumat/Digital dan tidak terlibat langsung di dalam industri pembinaan. Asia Coding Centre Sdn Bhd hanyalah rakan strategik kepada Dataprep Holdings Bhd untuk Cadangan Projek “COVID-19 RT-PCR Screening” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan penubuhan sebuah anak syarikat baharu, Dataprep Asia Sdn Bhd, melalui nisbah pegangan saham 51:49. Aktiviti utama Dataprep Asia Sdn Bhd adalah untuk menawarkan penyelesaian kesihatan berasaskan teknologi.

4. Nama Syed Zafran bin Syed Ahmad yang tertera di dalam Laporan Tahunan 2021 Syarikat Dataprep Holdings Bhd, adalah susulan daripada pengambilalihan saham sebanyak 51 peratus oleh Dataprep Holdings Bhd ke atas dua buah anak syarikat yang pada asalnya dimiliki oleh Asia Coding Centre Sdn Bhd, bagi cadangan Projek “COVID-19 RT-PCR Screening” di mana Syed Zafran Syed Ahmad merupakan pengarah asal syarikat-syarikat berkenaan.

5. Melalui sumber-sumber maklumat termasuk dalam pasaran, saya difahamkan, Dataprep dan Widad tidak pernah sama sekali berurusan dengan Dato’ Stephen Sim dalam sebarang rundingan bagi mana-mana projek.

Apapun kita berharap pihak berkuasa dan SPRM dapat menyelesaikan isu ini sebaik-baiknya.

Jamil Johari

Subang Bestari, Selangor.

Tags: Asia Coding CentreDataprep Holdings BerhadsprmWidad Group
Previous Post

IBRAHIM ALI PELAWA AHLI UMNO YANG DIGANTUNG, DIPECAT SERTAI PUTRA

Next Post

CABARAN MEMPERKASA BAHAGIAN PENYELIDIKAN, MENGUKUHKAN KESELAMATAN NEGARA

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

SPRM SAHKAN MAHIADDIN DIDAKWA ESOK

SPRM SAHKAN MAHIADDIN DIDAKWA ESOK

March 9, 2023
SINDIKET SCAMMER PELABURAN DIDALANGI WARGA UK TUMPAS

SINDIKET SCAMMER PELABURAN DIDALANGI WARGA UK TUMPAS

February 22, 2023
SPRM NAFI TAWAR WAN SAIFUL RM10 JUTA ANIAYA MAHIADDIN

SPRM NAFI TAWAR WAN SAIFUL RM10 JUTA ANIAYA MAHIADDIN

February 22, 2023
AZAM BAKI BIDAS MAHIADDIN, TIDAK WAJAR BUAT KESIMPULAN AWAL

AZAM BAKI BIDAS MAHIADDIN, TIDAK WAJAR BUAT KESIMPULAN AWAL

February 19, 2023
ISU RAFIZI KAYA MUDAH, UGUT SPRM DAN ‘RESTUI’ PROJEK MBI-YTL BERNILAI RM2 BILION?

ISU RAFIZI KAYA MUDAH, UGUT SPRM DAN ‘RESTUI’ PROJEK MBI-YTL BERNILAI RM2 BILION?

November 17, 2022
CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

CUBAAN HALANG HAKIM NAZLAN DISIASAT SPRM BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

April 30, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In