• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Friday, November 24, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ANWAR PERTAHAN TINDAKAN LANTIK IZZAH SEBAGAI PENASIHAT

Anaknya diberi tugas tanpa gaji bagi memastikan ketelusan dalam pentadbiran, memantau urusan perolehan tender kerajaan

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
January 31, 2023
in Kategori, Semasa, Utama
0
ANWAR PERTAHAN TINDAKAN LANTIK IZZAH SEBAGAI PENASIHAT
13
SHARES
148
VIEWS

Di sebalik tuduhan mengamalkan nepotisme oleh pengkritiknya serta alasan tidak bergaji pula diutarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menjustifikasikan tindakan melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Khas Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri, tindakan Anwar itu tetap menimbulkan persoalan. 

Walaupun pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang selalu berlagak ‘lebih Islamik’ berbanding orang lain, mereka juga amal nepotisme dengan melantik ahli keluarga ke beberapa jawatan termasuk ada yang melantik suami sendiri sebagai pegawai khasnya, tetap kesilapan ini tidak boleh dilakukan oleh Anwar. Ini kerana beliau yang kini menjawat jawatan nombor satu negara dan menggunakan slogan ‘Malaysia Madani’ sepatutnya bertindak lebih cerdik dan berhati-hati daripada membuat kesilapan sebegini.

Sungguhpun begitu, Izzah yang tidak diberikan gaji telah ditugaskan Anwar untuk membantunya memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan supaya lebih teratur. Anwar juga mempertahan tindakannya melantik Izzah walaupun ada pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri yang menegur dan mengecamnya.

“Saya terima baik teguran. Saya jelaskan, itu berbeda dengan pengalaman yang lalu, soal upah dan ganjaran. Dia datang untuk bantu, tiada kedudukan yang dipersoalkan iaitu satu ketelusan, akan pastikan supaya kontrak tender teratur. Itu saja.”

Anwar sewajarnya tidak membuka ruang untuk dikritik dan dikecam dengan menawarkan mana-mana ahli keluarganya sebarang jawatan, melainkan hanya membantunya di belakang tabir sahaja. Ini kerana amat janggal apabila beliau menjadikan anak sendiri sebagai “penasihat ekonomi dan kewangan” di mana tindakan ini hanya melemahkan kedudukan beliau selaku Perdana Menteri.

Selain itu tindakan beliau melantik Izzah itu akan disalah anggap oleh rakyat sebagai “Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima nasihat ekonomi dan kewangan daripada anaknya sendiri” – walaupun beliau telah memberikan penjelasan bahawa tugasan Izzah hanya berkaitan memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan.

Bahkan alasan ini juga boleh memberi implikasi negatif terhadap Anwar selaku Perdana Menteri. Beliau perlu sedar, masalahnya bukan pada apa tugasan atau spesifikasi tugas Izzah, tetapi masalah timbul apabila seorang Perdana Menteri melantik anak sendiri untuk menasihatinya.

Apa susah-susah, dapatkan nasihat di rumah sudahlah, tidak perlupun lantik sebagai penasihat, rakyatpun tidak salah faham. 

Tags: AnwarMalaysia MadaniNepotismeNurul IzzahPenasihat ekonomi
Previous Post

KHAIRY MAKIN ‘KEMARUK’ MAHU JADI PERDANA MENTERI

Next Post

MENU RAHMAH WAJAR DILAKSANAKAN DI IPT

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

RASUAH, PEMBAZIRAN BERI KESAN BESAR AGIHAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

RASUAH, PEMBAZIRAN BERI KESAN BESAR AGIHAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

November 10, 2023
MALAYSIA-CHINA BINCANG ISU TERKAIT KESELAMATAN NEGARA

MALAYSIA-CHINA BINCANG ISU TERKAIT KESELAMATAN NEGARA

November 2, 2023
KAUM INDIA, SJKT TIDAK DIPINGGIRKAN, TERIMA BANTUAN PERUNTUKAN BESAR

KAUM INDIA, SJKT TIDAK DIPINGGIRKAN, TERIMA BANTUAN PERUNTUKAN BESAR

October 27, 2023
KERAJAAN SETUJU CADANGAN SARAWAK MENGENAI PENURUNAN KUASA PENDIDIKAN

KERAJAAN SETUJU CADANGAN SARAWAK MENGENAI PENURUNAN KUASA PENDIDIKAN

October 27, 2023
(VIDEO) MALAYSIA ZAHIR PENDIRIAN TEGAS MENGENAI ISU PALESTIN DI SIDANG KEMUNCAK ASEAN-GCC

(VIDEO) MALAYSIA ZAHIR PENDIRIAN TEGAS MENGENAI ISU PALESTIN DI SIDANG KEMUNCAK ASEAN-GCC

October 27, 2023
MALAYSIA BERSOLIDARITI DI HIMPUNAN MALAYSIA BERSAMA PALESTIN

MALAYSIA BERSOLIDARITI DI HIMPUNAN MALAYSIA BERSAMA PALESTIN

October 24, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In