DEMI BELA MAHIADDIN, TUAN IBRAHIM FITNAH SPRM?

96
SHARES
311
VIEWS

Pelbagai laporan media melaporkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa pendakwaan terbaharu terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah ‘tuduhan terpilih’ dan tindakan tersebut juga adalah bagi menutup isu UMNO yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Rujuk pautan di bawah;

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/09/pertuduhan-terpilih-untuk-tutup-isu-dihadapi-ph-bn/

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-muhyiddin-tuduhan-terpilih-untuk-tutup-isu-umno-dan-ros-tuan-ibrahim-409956%3famp=1

https://malaysiagazette.com/2023/03/09/tuduhan-terhadap-muhyiddin-untuk-tutup-isu-umno-ros-tuan-ibrahim/

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/248856

https://ismaweb.net/2023/03/09/tuduhan-terhadap-muhyiddin-bersifat-terpilih-lindung-isu-lebih-besar/

Sekurang-kurangnya lima media utama yang menyiarkannya konsisten melaporkan perkara sama dalam kenyataan Tuan Ibrahim yang mengaitkannya dengan isu membabitkan ROS dan UMNO.

Persoalannya;

1. Adakah benar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyiasat lama skandal Mahiaddin ini mahu menutup isu ROS dan UMNO tersebut? Sedangkan beliau disiasat dan telah, dipanggil sebelum ini lama sebelum isu ROS dan UMNO dibangkitkan. 

2. Adakah Tuan Ibrahim mempunyai bukti nyata bahawa SPRM bertindak sedemikian? Jika ada sila majukan untuk disiasat kerana beban pembuktian pada yang menuduh

3. Adalah Tuan Ibrahim mampu buktikan sama ada melalui pengakuan saksi ataupun dokumen arahan untuk menutup isu ROS dan UMNO tersebut? 

Jika tiada satupun di atas boleh dibuktikan oleh Tuan Ibrahim, justeru apa yang beliau nyatakan hanyalah fitnah ke atas penjawat awam iaitu SPRM yang bertungkus-lumus menyiasat dan membawa Mahiaddin ke Pejabat Peguam Negara yang meneliti skandal tersebut dan seterusnya mendakwa beliau di mahkamah.

Dakwaan berat dan intimidasi berterusan PAS dan Perikatan Nasional terhadap SPRM ini perlu dihentikan. Apatah lagi PAS yang mendakwa ia sebagai parti Islam wajar menunjukkan contoh yang baik bukan memfitnah atau berprasangka buruk. Ini bukan sikap orang Islam apatah lagi bergelar pemimpin. 

Selain itu, adakah PAS tahu niat seseorang sehingga membuat kenyataan terbuka sebegitu yang hanya membuka pintu-pintu fitnah sehingga yang mempercayai juga terlibat sama dosa memfitnah. Inikah yang PAS mahu?

Justeru, seperti mana pegawai penyelidik Wan Saiful Wan Jan yang memfitnah SPRM, Tuan Ibrahim Tuan Man juga wajar disiasat dan disaman SPRM agar menjadi contoh supaya jangan memfitnah di masa hadapan. Cukup-cukuplah memperlekeh penjawat awam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts