ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

121
SHARES
391
VIEWS

‘Sheikhul’ Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Sheikh Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan fatwa bahawa mengundi calon PH iaitu Suhaizan Kayat pada PRK Parlimen Pulai adalah haram.

Walau apapun statusnya sama ada itu fatwa, ijtihad atau kenyataan politik, ia menunjukkan bahawa PN sedang terdesak untuk memenangi PRK Parlimen Pulai.

Apa dasar dan dalil yang mengiringi pandangan tersebut? Kalau tidak ada dasar dan dalil maka pandangannya itu adalah dari seorang yang bebal. Sesiapa yang berpegang dengan ‘fatwa’ tersebut juga turut bebal.

Jadi jangan salahkan Dato’ Lokman Noor Adam kalau beliau menyatakan bahawa orang yang menyokong dan mengundi PN adalah orang bodoh. Faktanya memang begitu. Kalau nak ikutkan hukum secara umum yang haram itu adalah mengundi calon PN. Bukan calon PH.

Haram dari sudut akidah, syariah dan akhlak. Ini kerana PN telah engkar kepada titah Tuanku Agong atau Ulil Amri untuk berkerjasama dengan PH dan parti-parti lain bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Bukankah wajib bagi umat Islam untuk taat kepada Ulil Amri atau Pemegang Kekuasaan? Dalilnya ada dalam Al Quran pada Surah An-Nisa ayat 59. Dalil ini bersifat Qat’ie. Bukan Zonni.

Maksudnya sebagai umat Islam kita tidak dibenarkan untuk berbeza pendapat dalam bab Usul. Kalau dalam bab Furuq, silakan. Kalau bab Usul dan Furuqpun masih belum mampu membezakan lagi lebih baik jangan berlagak seperti seorang ulama. Itu akan lebih menyesatkan umat Islam lagi.

Sebagai umat Islam kehidupan kita diatur oleh Islam dalam semua aspek. Baik politik, ekonomi, pendidikan, kewangan, undang-undang dan sebagainya. Dalam era Malaysia Madani, cara hidup Islam baik secara peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara perlu diterapkan dengan lebih gigih lagi.

Itu amanah dari Perlembagaan Persekutuan. Melaksanakannya adalah merupakan kewajipan bernegara. Kalau tidak boleh buat semua jangan pula ditinggal semua. Ini prinsipnya.

Janganlah bercakap ikut sesuka hati dan bernegara juga ikut sesuka hati. Ada prinsip-prinsip kenegaraan yang perlu dipatuhi. Kalau masih tidak tahu, bacalah Rukun Negara. Lima rukun sahajapun. Bukan sampai seratus. Kalau tidak hafal juga lagi, lebih baik jangan bernegara.

Jadi kepada ahli-ahli politik, janganlah memperalatkan agama sekadar untuk mendapatkan kuasa politik sahaja. Ini sangat merbahaya. Ada perbezaan yang besar antara berpolitik dengan berlandaskan agama dan berpolitik dengan memperalatkan agama.

Hari ini apa yang sedang berlaku adalah, ada golongan yang berpolitik dengan memperalatkan agama. Sebab itu keputusan dan tindakan mereka tidak selaras dan tidak konsisten dengan tuntutan agama.

Oleh kerana ada golongan yang seperti ini maka umat Islam semakin hari semakin keliru dengan agama mereka sendiri. Orang bukan Islam sudah pasti akan lebih keliru lagi. 

Kesimpulannya, politikkan kuasa demi Islam. Bukan politikkan Islam demi kuasa. 

Itu bezanya Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional. Perbezaan antara Malaysia Madani dan Proklamasi Melayu yang ditaja oleh golongan yang anti dengan Institusi Raja-raja Melayu.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts