DEMONSTRASI CHEGUBARD AJAK RAKYAT INGKAR TITAH YDP AGONG?

112
SHARES
361
VIEWS

Satu demonstrasi kecil depan Sogo hari ini yang dibarisi oleh dua belas orang berbaju kuning dan juga membawa belon kuning menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditukar, dilihat sebagai ‘percubaan’ kepada perhimpunan menentang kerajaan yang lebih besar yang akan dilaksanakan kemudian.

Mereka yang berdemonstrasi dengan slogan “Tukar Perdana Menteri Segera” itu diketuai oleh aktivis pro Perikatan Nasional, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard.

Kita bukan nak jatuhkan kerajaan, kita nak tukar Anwar Ibrahim sahaja,” katanya dengan yakin walaupun tiada data menunjukkan perkara tersebut boleh dilakukan kerana gabungan empat kerajaan hari ini sudahpun memeterai perjanjian persefahaman.

Bagaimanapun beliau yang berkata kumpulannya itu akan mengadakan perhimpunan menentang kerajaan tidak lama lagi, menegaskan bahawa perhimpunan pada hari ini bukanlah acara yang dimaksudkan. Mungkin demonstrasi hari ini dilakukan untuk ‘test market‘ sama ada majoriti rakyat mahu turut serta ataupun tidak. 

Selain itu Chegubard turut menuduh Anwar menyokong rasuah dan nepotisme tetapi tidak pula memperincikannya. Sedangkan beban pembuktian terletak pada bahu si penuduh. Apatah lagi sebagai seorang Islam, Chegubard tidak boleh menuduh sembarangan sesuka hatinya. 

Beliau juga berkata, jika Anwar ‘naik’ melalui jalan raya, maka beliau percaya melalui jalan raya juga Anwar akan ditumbangkan.

Ini jelas cubaan mengajak rakyat menumbangkan kerajaan melalui demontrasi sekaligus ingkar dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang mencemar duli mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan. Sepatutnya kerajaan YDP Agong ini dipertahan bukan ditumbangkan. 

Jangan lupa, sebelum ini juga sudah berkali-kali pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional termasuk PAS memperlekeh titah baginda termasuk dalam isu membuka Sidang Parlimen dengan segera bagi membahaskan pelbagai isu ketika darurat dilaksanakan. 

Kemudiannya titah cadangan agar Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Perpaduan selepas masing-masing tidak mampu membentuk kerajaan juga ditolak mentah-mentah. Lebih teruk sidang media selepas itupun diadakan dengan angkuh.

Hakikatnya inilah sikap sebenar dan bukti hipokrasi Perikatan Nasional yang angkuh dan tiada adab membelakangkan titah YDP Agong. Bayangkan jika baginda sendiri diperlekehkan, inikan pula rakyat marhaen yang tidak berdaya mahu meminta bantuan, tentu lebih tidak dipedulikan.

Justeru, semoga rakyat bijak memilih pemimpin yang jujur dan taat kepada YDP Agong pada pilihan raya di enam negeri kelak. Bukannya asyik bersorak menyokong pemimpin-pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam – tetapi realitinya mereka sendiri ingkar dan tidak taat kepada amir atau ketua tertinggi kepada orang Islam di negara ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts