PUAD GESA ‘PELAMPAU POLITIK’ PATUH TEGURAN SULTAN IBRAHIM

73
SHARES
235
VIEWS

Timbalan Speaker DUN Johor yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengulas mengenai teguran Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang bertitah  agar Kerajaan Perpaduan sedia ada ini tidak diganggu-gugat.

Beliau juga menyifatkan teguran tersebut dibuat kepada ‘pelampau politik’ yang tidak pernah serik dengan pengalaman pahit pertukaran tiga Perdana Menteri sebelum ini.

Teguran Sultan Johor itu menyeluruh. Bukan sahaja kepada pihak lawan tetapi juga anggota Kerajaan Perpaduan demi maslahah kestabilan.

Puad juga menegur jangan ada parti atau Ahli Parlimen di pihak Kerajaan Perpaduan membuat langkah untuk menikam dari dalam serta jangan terbabit dalam sebarang proses jual beli politik dengan pihak lawan.

Titah Sultan Johor cukup jelas. Hentikan desas-desus, provokasi, niat dan perancangan untuk menukar Kerajaan Perpaduan. Terutama oleh pihak lawan. Peluang sudah diberi melalui peti undi di PRU ke-15.

Justeru teguran Sultan Johor amat wajar kerana idea mewujudkan Kerajaan Perpaduan adalah titah YDP Agong dan Raja-raja Melayu untuk menyelesaikan kebuntuan penubuhan kerajaan ketika itu.

Pertahankan kestabilan, seru Puad di akhir siarannya. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts