YAB PERDANA MENTERI DIPERKENAN MENGADAP SULTAN JOHOR DI ISTANA PELANGI

10
SHARES
112
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar  Ibrahim diperkenan mengadap DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Menjunjung kasih Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan menerima patik menghadap hari ini di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.”

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani.

Dalam sesi mengadap tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyembah maklum perkembangan terkini negara dan negeri Johor Darul Ta’zim serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.

Beliau turut mendoakan kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Allah Peliharakan Sultan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan