KOREA SELATAN TAMATKAN SEKATAN COVID-19, TIADA LAGI PENGASINGAN MANDATORI

64
SHARES
207
VIEWS

Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol mengisytiharkan hampir semua sekatan COVID-19 di negara tersebut ditamatkan termasuk yang melibatkan pengasingan mandatori, semalam. 

Pengisytiharan tersebut dibuat Suk-yeol ketika mesyuarat tindak balas Covid-19, yang berkata tempoh kuarantin mandatori dikurangkan daripada tujuh je lima hari, tetapi tidak lagi mandatori.

Saya gembira kerana orang ramai boleh kembali kepada kehidupan seperti biasa selepas tiga tahun empat bulan hidup di bawah kawalan ketat. Buat masa ini, kerajaan akan terus menyediakan bantuan kewangan, buat sementara waktu, bagi ujian COVID-19 dan rawatan,” katanya.

Berbeza dengan Jepun yang telah mengisytiharkannya sebagai selesema biasa, tidak lagi menampung perbelanjaan untuk rakyatnya di hospital-hospital kerajaan seperti sebelumnya. 

Selain itu, Korea Selatan turut menarik balik arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan kecuali di wad-wad hospital.

Sebagai rekod, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Covid-19 bukan lagi terkait isu kecemasan kesihatan global, beberapa hari lepas. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts