LASKAR SIBER DIMINTA BANTU SEBAR LUAS INISIATIF, DASAR-DASAR KERAJAAN

339
SHARES
2k
VIEWS

Tunku Nashrul Tunku Abaidah,  Setiausaha Akhbar (SUA) Kanan kepada Perdana Menteri, menyeru kumpulan Laskar Siber pimpinan Datuk Lokman Noor Adam membantu menyampaikan serta memberi penerangan kepada masyarakat berhubung dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan tersebut dibuat ketika berucap pada Majlis Silaturrahim Laskar Siber Kerajaan Perpaduan di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, malam tadi yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin.

Tunku Nashrul turut meminta Setiausaha Akhbar setiap kementerian untuk menjalin kerjasama dengan kumpulan Laskar Siber ini agar setiap penerangan kepada rakyat terutamanya di ruang maya berkaitan inisiatif dan dasar kerajaan dapat disampaikan dengan lebih meluas. 

Beliau juga meminta kerjasama ini dilakukan secara ‘berskala besar’, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pesan saya kepada mereka ialah untuk lakukan ‘engagement’ dengan Laskar Siber ini dengan lebih berskala besar kerana kita akan menghadapi PRN di enam negeri selepas ini.” 

Tidak boleh dah ‘gear low’ ni, kena ‘gear lima’, ‘gear enam’ untuk pastikan inisiatif Kerajaan Perpaduan dan untuk pastikan enam negeri nanti kita mampu lakukan yang terbaik.” 

Tunku Nashrul turut mengalu-alukan semua kakitangan Laskar Siber untuk sama-sama membantu beliau dan kerajaan, termasuk memberikan input dan pandangan.

Sebagai rekod, Laskar Siber dilancarkan pada 12 Februari 2020 dan Lokman Adam antara yang paling lantang memperjuangkan partinya UMNO serta Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak selepas PRU-14.

Perjuangan gigih beliau berterusan walaupun selepas disingkirkan daripada parti dan kini Lokman kembali menjawat jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts