1. Polemik mengenai kalimah Allah ini nampaknya berterusan apabila kerajaan menarik kembali rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang “membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain untuk tujuan pembelajaran”
2. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi penjelasan lanjut tidak lama lagi berkenaan isu ini
3. Bagaimanapun polemik dijangka berterusan walaupun jawapan tuntas diberikan oleh kerajaan, sama ada rakyat berpuas hati ataupun tidak dengan penjelasannya itu, ia tetap mempengaruhi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak
4. Analisis lapangan yang dibuat ketika ini menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat khususnya dalam kalangan Melayu Islam sebegitu tinggi ketika ini, termasuk UMNO sendiri
5. Pemimpin-pemimpin UMNO juga mula berkeluh-kesah mengenai polemik ini kerana sukar apabila berdepan dengan pertanyaan dan kemarahan ahli-ahlinya sendiri
6. Pelbagai NGO Islam juga telahpun membuat bantahan dan difahamkan ada pihak tertentu bakal menggerakkan kumpulannya untuk berdemonstrasi aman bagi membantah perkara ini, sekiranya penyelesaian yang diambil tidak mampu ‘meneutralkan’ keadaan
7. Apapun yang berlaku selepas ini walaupun KDN memberi justifikasi atas penarikan rayuan, ia tetap memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional, terutamanya bagi berdepan PRN di 6 negeri tidak lama lagi
8. Polemik kalimah Allah ini bukanlah isu kecil atau terpencil, yang diumpamakan seperti sengaja memberi satu ‘peluru’ percuma buat musuh untuk menembak kembali kerajaan, tanpa sesiapapun perlu mengambil kesempatan
9. Malah timbul pula pertanyaan, apa lagi selepas ini yang akan dilakukan kerajaan yang bakal merugikan rakyatnya terutama kaum Melayu Islam di negara ini?
10. Kesimpulannya, “nasi sudahpun menjadi bubur” namun Perdana Menteri dan kerajaan bertanggungjawab mencari formula bagi meneutralkan keadaan, walaupun mereka sudah tiada banyak pilihan