KERAJAAN PERPADUAN ‘TERPERANGKAP’ DALAM ISU LCS

347
SHARES
2k
VIEWS

Dahulu mereka tuduh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘songlap’ projek ini tetapi sehingga kini tidak dapat mencari sebarang bukti (mengaitkan mereka). 

Lagipun, penglibatan Najib dalam projek ini adalah sangat kurang dan hanya terhad kepada memberi projek ini kepada syarikat Boustead. Seperti apa yang Najib jelaskan, mahu beri kepada siapa dalam negara jika tidak beri kepada Boustead?

Boustead ini adalah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Boustead ada pengalaman menyelamatkan projek bermasalah offshore patrol vessels (OPV) tinggalan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta mempunyai limbungan pembinaan kapal yang terbesar dan paling lengkap dalam negara.

Zahid pula Timbalan Perdana Menteri ketika ini, tidak mungkin kerajaan Pakatan Harapan mahu ambil tindakan terhadap beliau (itupun) sekiranya beliau terlibat?

Lagipun, dakwaan Rafizi bahawa syarikat Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) telah ‘songlap’ projek LCS juga terbukti sebagai fitnah.

CAD dan CED ini 51 peratus dimiliki Boustead dan 49 peratus lagi dimiliki syarikat terkenal Jerman, Rheinmetall Air Defence AG yang memang pakar dalam sistem pertahanan.

Selepas Rafizi tuduh, syarikat CAD dan CED pula telah menyaman Boustead pada bulan Oktober 2022 untuk meminta ganti rugi. Akhirnya, Kerajaan Perpaduan pada bulan April 2023 terpaksa bayar RM464.33 juta kepada CAD dan CED untuk menyelesaikan kes ini: Rujuk pautan; https://theedgemalaysia.com/node/663642

Oh, Rafizi. CAD dan CED ‘songlap’ kamu tetapi kamu masih mahu bayar RM464.33 juta pada mereka, ya? Cuba beri sedikit komen, Rafizi. 

Masalah-masalah utama projek LCS sebenarnya ada dua:

1. Kontrak defence projects yang besar memang sering lambat atau melebihi kos sebab ia sangat complicated. Lagipun, Malaysia mahukan kapal LCS kelas sendiri yang diubahsuai untuk menjadi lebih besar dan paling canggih.

Dakwaan bahawa Tentera Laut mahu rekaan Sigma tetapi Boustead memilih rekaan Gowind ini tidak relevan kerana tiada seorangpun pernah dakwa LCS jenis Gowind tidak memenuhi keperluan ataupun merupakan rekaam yang teruk. Malah, ada juga beberapa negara seperti Indonesia yang juga mula beralih dari Sigma ke Gowind. Ramai lagi negara juga yang telah memilih Gowind.

2. Boustead mula mengalami masalah besar kewangan bermula tahun 2018 selepas kerajaan PH ambil alih. Sebelum ini, Boustead tidak pernah rugi dalam tempoh 9 tahun Najib jadi Perdana Menteri tetapi rugi RM470 juta pada tahun 2018. Sebab itu, Boustead kurang berupaya untuk teruskan projek yang besar ini.

Boustead ini sangat penting dan sedang usahakan projek pertahanan paling besar negara. Boustead ini milik LTAT iaitu tabung simpanan anggota tentera. Kenapa pula anda tidak mahu bantu masa itu dan lebih rela Boustead terus bermasalah?

Sepatutnya, kerajaan patut bantu Boustead ketika mereka bermasalah dan bukan pandang sahaja atau mencari kesalahan. Di sinilah kesilapan paling besar kerajaan selepas PRU-14. Akibatnya, kemajuan projek LCS menjadi sangat perlahan. 

Seperti didedahkan Mat Sabu dan Liew Chin Tong pada tahun lepas, projek LCS mencapai kemajuan 50.15 peratus pada Januari 2018 sebelum PRU-14 – iaitu 4 tahun selepas pembinaan bermula pada tahun 2014.

Tetapi pembinaan selepas itu menjadi sangat perlahan sehingga ia dihentikan dan hanya bertambah 6.24 peratus ke 56.39 peratus pada Januari 2020 iaitu sebulan sebelum kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Selepas itu, projek itu terus dihentikan selama dua tahun kerana dunia dilanda pandemik Covid-19. 

Akibat kesilapan-kesilapan dan penangguhan projek sebegitu lama, Kerajaan Perpaduan perlu selamatkan projek LCS ini dengan mengambil syarikat BNS dari Boustead serta menaikkan harga dari RM9 bilion untuk 6 kapal kepada RM11.2 bilion untuk 5 kapal.

Paling hairan ialah kenapa Kerajaan Perpaduan tidak lagi menyebut berlakunya ‘songlap’ dalam projek ini ketika mengumumkan kos projek ini telah bertambah. 

Oleh Lim Sian See 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts