SAMBUTAN LUAR BIASA HARI KEBANGSAAN, YDP AGONG ZAHIR UCAPAN TAHNIAH

335
SHARES
2k
VIEWS

1. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi tahniah dan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan atas penganjuran Hari Kebangsaan 2023 yang sangat meriah dan luar biasa di Putrajaya, semalam.

2. Al-Sultan Abdullah pada masa yang sama turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh rakyat berbilang kaum serta pelbagai peringkat usia yang terlibat di dalam menjayakan sambutan ini, termasuk yang datang memberi sokongan bagi meraikan hari bersejarah negara.

3. Lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya semalam bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17, 262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan udara serta 100 ekor haiwan.

4. Ia turut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak bermula jam 7 pagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts