Realitinya rakyat melihat Rafizi hanya merajuk dan ‘playing victim’ setelah gagal “merampas kuasa” pucuk pimpinan
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang kalah mempertahan jawatan Timbalan Presiden PKR membuat pengumuman meletakkan jawatan Kabinet berkuatkuasa 17 Jun depan. Beliau berkata akan menghabiskan cutinya sehingga ke tarikh tersebut.
Sungguhpun begitu, peletakan jawatan Rafizi yang juga kerap di-troll netizen sebagai ‘Raja Formula’ ini tidak mengejutkan ramai kerana rata-rata rakyat memang menanti beliau meletakkan jawatan sejak sekian lama.
Ini kerana Rafizi dilihat tidak perform, memalukan kerajaan, apatah lagi kerap membuat kenyataan-kenyataan menyakitkan hati rakyat terutama penyokong-penyokong PKR dan Pakatan Harapan sendiri.
Rafizi yang selama ini kononnya memperjuangkan rakyat kini hanya dilihat ingin merampas kuasa pimpinan PKR, tetapi apabila gagal terus ‘koyak’.
Sedangkan sebelum ini beliau berdegar-degar di pentas ceramah memfitnah, menghasut dan menipu rakyat, tetapi bila kalah pemilihan parti, Rafizi terus merajuk dan mengeluarkan kenyataan mengutuk parti termasuk kononnya Presiden sendiri ingin ‘mencantas’ beliau.
Rafizi kata pemilihan PKR kali ini tidak adil sedangkan beliau lupa rakyat satu negara sememangnya menolaknya, apatah lagi ahli-ahli PKR yang kini menggunakan hak masing-masing mengundi menolaknya kerana malu melihat tingkah laku Rafizi dalam barisan kabinet, sekaligus memberi nama busuk kepada kerajaan.
Rafizi lupa, kalah atau menang ini adat pertandingan dan jangan cepat merajuk. Barisan Nasional selaku parti yang besar dan menjadi kerajaan selama lebih 60 tahunpun boleh tumbang, inikan pula beliau dan rakan-rakannya. Tiada konspirasi, tiada ‘kerja belakang’, hanya penolakan total terhadapnya.
Justeru, akar umbi PKR telah bersuara dan Rafizipun telah meletakkan jawatan, maka pesanan rakyat kepada beliau agar cukup-cukuplah meroyan dan buatlah perkara yang berfaedah untuk membela dan membawa suara rakyat, terutamanya pengundi-pengundi di tempat beliau sendiri.