PENDIRIAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENGENAI KES SEBATAN DUA WANITA LESBIAN

239
SHARES
702
VIEWS

PENDIRIAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENGENAI KES SEBATAN DUA WANITA LESBIAN

Ucapan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kabinet kerajaan Pakatan Harapan ini telah membincangkan kes yang mana dua orang wanita telah disebat kerana melakukan “hubungan yang luar biasa”.

Pihak kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama, kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam, sebab itu kami berpendapat bahawa kalau adapun kes-kes semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.

Amatlah penting kita menunjukkan bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis, yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat, yang mengaibkan orang. Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

Ini adalah pendapat kabinet, kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbangrasa.

Sedangkan kita selalu apabila memula sesuatu kita bermula dengan “Bismillahir-Rahmannir-Rahim”, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, tetapi kita tunjuk seolah-olah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah, sama sekali.

Inilah pendapat kerajaan Pakatan Harapan pada mesyuaratnya pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

https://www.youtube.com/watch?v=wWbkF3xnVK8

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts