MKI ZAHIRKAN KEPRIHATINAN SULTAN SELANGOR TERHADAP PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

333
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, semalam.

Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

YAB Perdana Menteri dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

YAB Perdana Menteri juga meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Kerajaan Perpaduan terus bersiapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts