BARU 2 HARI DEWAN RAKYAT BERSIDANG
Mohd. Radzi Md. Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (JPM) berkata:
“Kenyataan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua berkaitan penjualan aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukan pendirian rasmi Kerajaan.”
ULASAN
Kenyataan Timbalan Menteri ini tepat, kerana sejak bila seorang Setiausaha Politik Menteri boleh mengumumkan dasar-dasar kerajaan?
DASAR RASMI KERAJAAN BIASANYA DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI, TIMBALAN PERDANA MENTERI ATAU AHLI JEMAAH MENTERI.
SETIAUSAHA POLITIK MEMANDAI-MANDAI
Inilah yang dinamakan Setiausaha Politik hendak memandai-mandai.
Lebih Setiausaha Politik dari Menteri.
KENYATAAN BERCANGGAH
Kan dah wujud kenyataan bercanggah?
YB Senator Mohd. Radzi, Timbalan Menteri dari parti BERSATU kata lain, Tony Pua dari parti DAP kata lain.
YANG MANA SATU BETUL?
INI JELAS MENUNJUKKAN MEREKA TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN UNTUK MENTADBIR NEGARA INI
DSBA
16 Oktober 2018