AZIZ SHEIKH FADZIR (AWANG SELAMAT) TOHMAH NAJIB?

634
SHARES
2k
VIEWS

Apa sudah jadi dengan Utusan?

Awang Selamat membuat tohmahan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak melalui artikel “Siakap Senohong Gelama Ikan Duri” dalam ruangan “Ada-Ada Saja”.

Siapa Awang Selamat?

Jika sebelum ini, nama jolokan ini biasa ditulis oleh Ketua Pengarang Utusan namun diketahui umum dalam kalangan staf Utusan bahawa ia ditulis olehย Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir sejak beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan pada Jun lepas.

Jika beliau nafi, beliau tetap bertanggungjawab kerana Utusan di bawah seliaan beliau sepenuhnya kerana masih tiada Ketua Pengarang dilantik sehingga kini.

Siapa Aziz Sheikh Fadzir?

Sebelum ini beliau adalah Pengurus Kempen Politik Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, juga amat rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa kesilapan utama Zahid?

Melantik ahli politik menerajui Utusan dan menyerahkan sepenuhnya urusan di tangan Aziz.

Keputusan melantik Aziz Sheikh Fadzir juga dibuat oleh Zahid sendiri, tidak melalui Majlis Tertinggi UMNO, walaupun Presiden mempunyai hak melantik siapa yang disukainya.

Image result for ZAHID DIDAKWA

Kenapa Aziz tohmah Najib?

Apakah rasional Aziz membuat tohmahan dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan sendiri masih mencari-cari bukti untuk mendakwa beliau dalam skandal dana 2.6 bilion ringgit yang telah diakui sendiri oleh Menteri Luar Arab Saudi,ย Adelย Ahmed Al-Jubeir dalam video yang tular sejak sekian lama, selain bukti surat yang telah ditunjuk oleh Najib.

Jika beliau masih tidak mempercayai mengenai video tersebut, Aziz hanya perlukan seminit untuk membuat carian di Google ataupun Youtube malah Utusan juga boleh menghantar wartawan untuk wawancara Adel di Arab Saudi.

Itupun jika Aziz berminat dengan kebenaran.

Najib masih belum didakwa dengan isu 2.6 bilion ringgit

Setakat November, pertuduhan mengenai skandal 2.6 bilion ringgit yang dicanangkan oleh pembangkang sejak 2015 masih belum dikenakan terhadap Najib.

Jika Aziz rasa beliau mempunyai bukti kukuh melalui wawancara Mary Ann Jolley dalam rancanganย 101 East yang boleh menyabitkan Najib dengan skandal tersebut, beliau boleh membantu pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Khas Siasatan 1MDB, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan yang masih terkial-kial mencari bukti.

Tetapi tidak pelik kerana Aziz sendiri sering mempertikaiย  kes ini sejak 2015, namun adakah Zahid tidak mengetahui sikap beliau ini ketika beliau dilantik?

Kerajaan Pakatan Harapan sendiri masih terkial-kial mencari bukti

Selaku ketua sebuah akhbar yang ternama, Aziz sepatutnya bersikap mencari dan menegakkan kebenaran dan bukan hanya bermain persepsi sama seperti Pakatan Harapan sebelum ini yang hanya tahu memfitnah tanpa menunjukkan bukti kukuh.

Beliau boleh dilantik oleh Peguam Negara untuk membantu mereka ataupun dipanggil sebagai saksiย  utama pihak pendakwaan kerana beliau mempunyai ‘bukti kukuh’ Najib bersalah melalui video wawancara tersebut.

Dengan bantuan Aziz ini akan memberi ‘sinar bahagia’ buat kerajaan Pakatan Harapan yang masih gagal mengenakan Najib dalam kes dana 2.6 bilion ini sejak mengambil-alih kerajaan sejak 6 bulan lepas.

Meminjam kata-kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengulas tohmahan terhadap Najib dalam kes pembunuhan Altantuya melalui rakaman video yang ditularkan, “Jika sesiapa ada bukti baharu sila laporkan, jangan main cakap sahaja”.

Aziz patut lihat video ini juga sebelum membuat tohmahan.

Aziz tewas dalam mainan persepsi

Amat memalukan apabila mereka yang dipertanggungjawabkan mengetuai sebuah akhbar utama negara, percaya dengan penipuan dan tohmahan yang telah berlaku sejak sekian lama.

Bagaimana seorang pengamal media seperti Aziz boleh bersikap berat sebelah?

Aziz mahu bantu jayakan agenda Bersatu?

Dalam situasi genting UMNO dilanyak ketika ini, Presiden sendiri didakwa dengan bermacam-macam pertuduhan, pemimpin UMNO digasak dengan ugutan pendakwaan yang bertali arus, Aziz pula mengambil peluang menyukakan Mahathir dan Muhyiddin?

Adakah Zahid merestui perbuatan Aziz?

Beliau dilantik oleh Zahid untuk mengetuai Kumpulan Utusan dengan kuasa sepenuhnya dan adakah Zahid sedar keupayaan sebenar bekas Pengurus Kempen Politik beliau ini dalam menggalas tugas besar memimpin akhbar yang menjadi wadah perjuangan UMNO sejak sekian lama?

Atau adakah Zahid cemburu dengan Najib yang semakin popular ketika ini dengan hujah-hujahnya yang mantap walaupun menghadapi pelbagai pertuduhan di mahkamah dan membiarkan Aziz membuat tohmahan?

Jika tidak, Zahid perlu berbuat sesuatu.

Kenapa Utusan masih tidak melantik Ketua Pengarang?

Sama ada Zahid amat mempercayai beliau ataupun Aziz sendiri ingin menonjolkan diri menerajui akhbar tersebut.

Kenapa sekarang dalam UMNO terkial-kial, Presiden sendiri didakwa dengan pertuduhan tidak masuk akal, UMNO diserang dari setiap penjuru, kenapa Aziz dan Utusan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO sebaliknya mengambil sikap yang selari dengan Pakatan Harapan?

Sepatutnya Ketua Pengarang boleh membantu Pengerusi Eksekutif, bukannya ahli politik seperti Azizย  sendiri menjadi Ketua Pengarang kerana beliau sendiri tiada pengalaman.

Apa agenda beliau?

Agenda Aziz ingin sabotaj UMNO dari dalam?

Artikel “Siakap Senohong Gelama Ikan Duri” yang ditulis Aziz itu hanya akan memporak-porandakan dalaman UMNO, adakah beliau ‘Kuda Trojan’ belaan pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya Bersatu, melalui Muhyiddin yang diketahui amat rapat dengan beliau?

Aziz juga ingin sabotaj Zahid?

Atau Aziz sendiri cuba untuk melakukan tindakan sabotaj terhadap UMNO dan Zahid dengan mengkritik Najib yang kemudiannya akan disensasikan oleh media, kerana beliau sendiri setuju dengan “tuduhan Zahid yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas”?

Adakah Aziz mahu laga-lagakan Najib-Zahid?

Dengan mentohmah Najib maka penyokong kedua-dua pihak akan saling berbalas-balas kenyataanย  dalam membela pemimpin masing-masing dan membuka ruang melemahkan UMNO.

Tindakan Aziz ini hanya membuka ruang Bersatu mengambil kesempatan atas kecelaruan UMNO.

Inikah ini yang Aziz mahu?

Aziz puji Bajet 2019 Pakatan Harapan

Selain itu dalam ruangan yang sama, Aziz turut mengambil kesempatan memuji bajet tersebut sebagai “belanjawan seimbang setelah mengambil kira keadaan semasa negara” dan beliau juga menyebut hutang negara sebanyak lebih 1 trilion ringgit.

Adakah Aziz tidak menyemak fakta mengenai hutang 1 trilion ini yang telah dijelaskan oleh pelbagai pihak bahkan baru-baru ini Kementerian Kewangan membentangkan hutang sekitar 687 bilion ringgit dan bukannya 1 trilion ringgit?

Aziz selaku Pengerusi Eksekutif Utusan boleh mendapatkan data tersebut dengan mudah dari Bank Negara Malaysia serta badan piawaian antarabangsa ataupun Google sahaja dan beliau sepatutnya perlu seimbang dalam membuat kenyataan mengenai “bajet yang tidak seimbang antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Adakah setiap kenyataan Aziz tidak disemak faktanya?

Aziz wajar ikut prinsip Lokman Adam, pertahan Najib dan Zahid

Aziz perlu belajar dari Datuk Lokman Adam, mempertahankan kedua-dua pemimpinย yang banyak berjasa kepada negara khususnya orang Melayu dengan sedaya-upaya dan bukannya sedaya-upaya mentohmah pemimpin tanpa menggunakan fakta.

Tidak layak terajui Utusan, kerana tidak berjiwa “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”

Aziz patut malu dan meletakkan jawatan kerana memalukan Presiden UMNO yang melantik beliau menerajui Utusan.

Selain menulis dengan menggunakan fakta yang tidak benar dan tiada pengalaman, beliau dilihat sedang menjayakan agenda pemimpin Pakatan Harapan.

Semua telah mengetahuinya, cuma persoalan yang timbul, adakah Aziz sedar bahawa rakyat terutamanya UMNO juga telah mengetahuinya?

Zahid wajar gantikan Aziz

Kesimpulannya, Zahid wajar gantikan Aziz dengan individu yang tidak mempunyai kepentingan peribadi dan politik yang keterlaluan untuk menerajui Utusan, apatah lagi jika sering tersalah fakta yang memalukan.

Aziz pula perlu pertahan maruah dengan berundur diri sebelum diminta.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts