PAMIN PADILA MULIA: TERSURAT DAN TERSIRAT

135
SHARES
434
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

13 Disember 2018

TS Pandikar Amin Hj Mulia dalam komen FB beliau mengatakan, dia keluar UMNO kerana politik tersirat bukan tersurat.

Sebab itu dia terpaksa buat U-Turn kerana tidak mampu melihat pemimpin lain dalam PH berterusan menyiksa dan mengaibkan agama dan bangsa beliau.

Tegsnya lagi, dia U-Turn kerana mahu membantu politik tersirat Tun M seperti yang terkandung dalam buku “Malay Dilemmas” dan puisinya “Melayu Mudah Lupa”.

Apakah alasan itu genuine? Apakah itu alasan tersirat Tun M yang diberitahu kepada beberapa pemimpin UMNO Sabah yang berjumpa beliau?

Kalau begitu, boleh ditafsirkan Tun M curiga dengan DAP. Sudah tentu pemimpin PH yang Pandikar maksudkan menyeksa dan mengaibkan Islam itu adalah pemimpin DAP. Dengan kata lain DAP adalah duri dalam daging kepada PH.

Justeru menurut Pandikar, Tun M memerlukan numbers. PPBM hanya ada 16 kerusi manakala DAP ada 47 kerusi.

Tetapi bila masuk kandang musuh dan apabila dalam kandang musuh itu ada pula musuh yang lain adakah Pandikar dan rakannya mampu menentang DAP? Parti itu secara terbuka sudah menyatakan jangan terima sampah masuk PH.

Tun M adalah maharaja U-Turn, wajar kita meragui politik tersirat Tun M. Pandikar sendiri mengakui politik tersirat tidak boleh dizahirkan melalui hujah.

Maka adakah Tun M ada politik tersirat lain yang tidak dapat dibaca oleh Pandikar dan rakan rakannya?

Mungkin mahu sekat Anwar jadi PM, mungkin mahu selamatkan Mukriz dan mungkin rasa terancam dengan kebangkitan kerjasama UMNO-PAS?

Mungkin juga yang tersiratnya ialah membuka jalan mudah kepada PPBM masuk Sabah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts