KISAH DARI SABAH: UMNO KUASAI WARISAN?

105
SHARES
340
VIEWS
Hari ini Selasa Disember 18, tajuk utama akhbar-akhbar tempatan mengenai mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengkaji MA63 untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak yang dipengerusi kan oleh Perdana Menteri di Putrajaya. Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 
Mesyuarat berkenaan memberi harapan baru kepada kedua-dua negeri Borneo khususnya kepada aktivis dan pejuang hak-hak Sabah dan MA63. Diharapkan selepas 6 bulan, JK Khas itu akan mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk pulihkan status kedua-dua negeri Borneo.  
Kelmarin, Isnin seperti biasa Restoran Pak Mus di Tanjung Aru Plaza agak sibuk. Sebelah tengahari selepas membayar bil elektrik di Wisma SESB di Karamunsing saya bergegas balik ke restoran kerana ada kawan mahu mengajak sembang-sembang. Banyak isu katanya. 
Sekitar jam 4 petang, kawan itu tiba seorang diri. Dia mengambil tempat duduk di kerusi luar. Mana kawan kita? Saya menyapa dan bersalam. Saya tarik kerusi. Kejap sampai. Dia on the way. Jawapnya ringkas dan memesan teh halia. Tidak lama kawan seorang lagi sampai dan mengambil tempat duduk. Kedua-dua mereka ini aktivis parti Warisan yang aktif. Salah seorang banyak membantu saya mengenai isu-isu berkaitan FELDA Sabah. Maklumat-maklumat yang dikongsi darinya telah didokumentasi dan menjadi sebahagian daripada kandungan buku DILEMA SABAH yang terbit 2014. 
“Pak Mus tidak ulas kemasukan beramai-ramai ahli UMNO di Lahad Datu?”
Apa yang menarik? Saya ingin tahu. Dia tidak terus menjawap kerana tiba-tiba kawan sebelah menyampuk, “Mulai sekarang pemimpin Warisan mesti banyak duit, kalau tidak orang UMNO akan jadi Ketua Bahagian Warisan yang baru. Mereka lebih ramai dan lebih banyak duit”. Kami ketawa serentak. Takkan tiada peraturan parti? Mungkin ada tempoh tertentu untuk ahli-ahli baru dibenarkan bertanding? Ayat saya seperti menyejukkan hati mereka.  
Menurut kawan yang kebetulan hadir di majlis kemasukan beramai-ramai ahli UMNO, majlis itu seolah-olah majlis UMNO. “Pemimpin dan ahli Warisan tenggelam”. “We are outnumbered‘ Pak Mus”. Bayangkan pemimpin UMNO yang masuk Warisan boleh berucap hampir satu jam. Manakala Pemimpin Warisan yang menerima kemasukan itu hanya berucap 10 minit sahaja.
Apa yang paling merisaukan bukan sahaja perasaan penyokong-penyokong asal Warisan tetapi perasan kaum-kaum lain yang telah memberi sokongan dan mengundi Warisan. Saya tahu ada taukeh Cina yang berkorban wang ringgit bantu Warisan. Begitu juga orang KDM. Mereka tidak minta apa-apa. Cuma mau lihat perubahan. Perubahan apa jika orang UMNO menguasai Warisan di masa terdekat ini? Saya difahamkan program-program begini akan dibuat di Sukau dan bahagian-bahagian UMNO lain yang masuk Warisan. 
Majlis seperti ini tidak harus dibanggakan kerana tidak menguntungkan Warisan. Seolah-olah kemenangan kami dicuri parti UMNO. Saya cadangkan supaya majlis kemasukan ahli-ahli UMNO tidak perlu ‘grand‘. Cukup pemimpin dan wakil-wakil sahaja menyerah borang. Tidak perlu semua hadir penuhkan dewan. Kawan itu bersetuju.
Cerita bersambung kepada cadangan saya supaya rumah bekas Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mustapha yang terletak di belakang Tanjung Aru Plaza dijadikan Muzium Tun Mustapha. Mungkin kerajaan negeri perlu peruntukan 2-3 juta untuk perbaiki rumah yang semakin uzur itu. 
Menurut kawan itu, perkara tersebut telah dimaklumi Datuk Seri Shafie Apdal dan usaha ke arah itu akan dimulakan segera. Banyak lagi isu-isu lain yang kami bincang tapi saya terpaksa cut short kerana mohon izin ke dapur  buat persiapan memasak untuk dinner.
Hari ini izinkan Pak Mus belanja sebab tidak mahal. Jumpa lagi esok.
(Dipetik dari blog catatanpakmus.blogspot.com)
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts