‘ROYANAN KJ’ – ISHAM JALIL

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Komen saya tentang ‘royanan KJ’ berkenaan Dato’ Seri Najib di bawah:

1. Saya rasa KJ kini tertekan dan iri hati dengan peningkatan sokongan dan populariti Dato’ Seri Najib berbanding dirinya. Sejak selepas PRU-14, populariti Dato’ Seri Najib semakin meningkat manakala populariti KJ semakin merudum.

2. Ini adalah kerana Dato’ Seri Najib dilihat menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin pembangkang yang baik dan berkesan kerana kerap membuat hujah-hujah semak imbang yang bernas terhadap kerajaan di Parlimen dan media sosial, manakala KJ dilihat sebagai seorang opportunist yang tidak berprinsip dan bercita-cita tinggi serta gopoh mengejar jawatan sehingga mengkhianati sahabat seperjuangan dan pemimpin-pemimpin sendiri di dalam UMNO.

3. Kebanyakan rakyat dan penyokong UMNO di akar umbi menyambut baik tindakan Dato’ Seri Najib ini namun menolak tindakan-tindakan KJ ini yang dilihat seolah duri dalam daging dalam UMNO. Orang di akar umbi kerap bertanya, sekiranya KJ boleh mengkhianati pemimpin-pemimpin yang banyak menolong beliau sebelum ini, apakah beliau tidak akan mengkhianati sesiapa sahaja apabila keadaan tidak menyebelahi kepentingan dirinya?

4. Dalam temuramah secara langsung di program Nothing to Hide Media pada Isnin lalu, apabila ditanya samada beliau ingin kembali menerajui UMNO, Dato’ Seri Najib menjawab bahawa beliau kini hanya memberi fokus kepada membela dan membawa isu-isu rakyat yang kini sedang susah, dan beliau tidak mengejar atau mementingkan jawatan.

5. Berkenaan dengan saranan supaya Dato’ Seri Najib menjadi Ketua Umum UMNO, beliau telah menjawab bahawa beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tersebut.

6. Kepada pihak yang telah mengutarakan saranan di atas dan semua yang memberikan sokongan kepada Dato’ Seri Najib, saya pasti beliau amat menghargai sokongan anda ini. Bagi pihak beliau, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda dan berharap agar kita semua terus istiqamah dalam perjuangan bersama-sama beliau.

Salam,

Oleh Isham Jalil

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts