SAGA SEBUTIR TELUR

138
SHARES
361
VIEWS

Kisah dongeng sebutir telur

Kelakar apabila kerajaan mengumumkan kejayaan mereka menurunkan harga telur sebanyak 2 sen.

Rasanya tu untuk sebutir telurlah. Takkan sepapan 30 biji turunnya 2 sen sahaja.

Jika sebutir turun 2 sen, sepapan telur 30 butir akan menjadi murah 60 sen.

Bagi kerajaan, penurunan 2 sen ini adalah satu kejayaan.

Heboh surat khabar dan portal berita online mengenai kejayaan membawa turun harga telur 2 sen ini.

Harga telur turun hanya dongengan

Mereka tidak tahu sebelum itu netizen heboh sepapan telur melonjak naik sebelum kerajaan turunkan 2 sen ini.

Maka turun 60 sen sepapan ini kisah dongeng sahajalah kerana harga telah sedia mahal.

Bukan rakyat tidak bersyukur turunnya 2 sen ini namun kecewa kerana kerajaan gagal bendung kenaikan telur dari awal.

Sehingga hendak turunkan hargapun terpaksa mendapat persetujuan pengeluar.

Sepatutnya kerajaan yang mengawal harga

Kerajaan kata pengeluar telur setuju turunkan harga tersebut.

Maknanya jika tidak setuju, adakah harga akan kekal?

Bukankah sepatutnya harga barang turun kerana mengikut arahan kerajaan?

Pengeluar telur lebih ‘berkuasa’ dari kerajaan rupanya.

Harga telur turunpun ikut kata pengeluar.

Pengeluar kata okay baru kementerian berani umumkan.

Bagaimana barangan lain?

Telur kita tidak makan sehari sampai 10 bijipun.

Saiz keluarga kecil 2 orang tua dan 3 anakpun, 10 biji telur boleh bertahan seminggu, mungkin dua minggu.

Hanya sekali-sekala sahaja digunakan.

Jika berniaga baru kerap guna telur.

Tetapi rakyat bukan semuanya peniaga.

Barangan seharian lain Salahuddin Ayub tidak rundingkan ke dengan pengeluar atau pembekal?

Takkan hanya rundingkan telur?

Tolonglah berunding dengan semua pengeluar dan pembekal.

Jika begitu caranya untuk turunkan harga.

Petrol RON95 turun

Kerja kerani atau kerja menteripun guna kenderaan berpetrol.

Hari-hari kita guna petrol.

Kalau dulu petrol naik 2 senpun rakyat menyalak.

Kerajaan itu, kerajaan ini.

Sekarang ini kena tipu hidup-hidup depan matapun boleh terkebil-kebil lagi.

Minyak murah tetapi tetap terkebil-kebil bayar RM2.20 macam kena pukau.

Sudah malu mahu menyalak macam sebelum PRU-14 ke?

Khalid Samad kata minyak turun, harga barang dan kos sara hidup akan turun

Menteri Wilayah kata barang dan kos kehidupan rakyat akan turun kerana harga minyak sudah turun.

Rakyat tahu beliau sembang je lebih.

Mahu turunkan harga telurpun separuh mati.

Menteri terpaksa berunding dengan pengeluar.

Pembekal setuju baru turun harga

Khalid Samad hanya Menteri Wilayah.

Beliau tidak berunding atau berjumpa dengan mana-mana pengeluar atau pembekal.

Yang jumpa adalah Salahuddin Ayub.

Pandai-pandai je Khalid kata harga barang akan turun jika minyak turun.

Kalau begitu telur ini boleh turun banyak lagi.

Ini kerana harga telur turun 2 sen itu sebelum harga minyak diturunkan.

Kelak kita tuntut dari Khalid Samad untuk buktikan teorinya ini.

Bukan sekadar sembang-sembang macam sembang mata wang digitalnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts