PROJEK RIVER OF LIFE CETUSAN IDEA NAJIB TERBUKTI BERMANFAAT UNTUK NEGARA, RAKYAT

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi kata kualiti air Sungai Klang semakin bersih sejak tahun 2016.

Beliau kata kualiti air Sungai Klang, yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.

Kelas lima ialah sungai mati manakala air bagi kelas pertama boleh dibotolkan sebagai air mineral (namun masih ramai akan geli untuk minum air mineral dari Sungai Klang. Kami mahu air Switzerland).

Walaupun beliau macam tidak berapa ingin, antara keputusan paling bijak Khalid Samad ketika menjawat sebagai Menteri WP ialah teruskan projek “River of Life” cetusan idea Najib yang Fasa 1 sudahpun siap 81 peratus pada Ogos 2017.

Kita teruskan projek River Of Life yang Datuk Seri Najib Tun Razak, seronok cakap pasal ROL, peruntukannya RM3 bilion kita kena teruskan,” kata Khalid Samad pada tahun 2019.

Rujuk berita, “Najib: Phase 1 of River of Life project 81% complete” di pautan;
https://theedgemalaysia.com/article/najib-phase-1-river-life-project-81-complete

Pada bulan Jan 2019, projek River of Life sudahpun tersenarai antara 10 waterfront district terbaik dunia.

Rujuk berita, “Jan 2019: Life is good! KL’s River of Life makes list of world’s 10 Best Waterfront Districts” di pautan;
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/01/448345/life-good-kls-river-life-makes-list-worlds-10-best-waterfront-districts

Biarpun Nik Nazmi tidak memberi sebarang kredit kepada Najib tetapi ia adalah bukti bahawa Najib dari awal-awal lagi mempunyai visi yang sangat baik bagi Malaysia dan sanggup untuk melabur bagi kebaikan jangka masa panjang negara sertai mementingkan peningkatan kualiti hidup rakyat, menepati wawasan lestari alam, memelihara warisan negara dan sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Di bawah Najib, sungai yang sudah mati berpuluh tahunpun boleh dipulihkan kepada antara 10 terbaik di dunia.

Projek River of Life ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan Najib bagi Greater Kuala Lumpur, bertujuan untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi satu ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Sejak dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada Julai 2011, ia mula menyaksikan perubahan pada wajah Kuala Lumpur.

Lebih bermakna lagi perubahan ini bermula di tempat di mana Kuala Lumpur itu sendiri bermula, iaitu di tebing tempat pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, kira-kira 170 tahun dahulu.

Fasa 1 projek Pengindahan Sungai Presint 7 ini melibatkan beberapa bangunan warisan yang bersejarah bagi Kuala Lumpur, seperti Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Melalui projek ini, kerajaan juga telah memulihara bangunan-bangunan warisan negara ini dengan menaik taraf struktur sedia ada dan meningkatkan akses rakyat ke kawasan di sekelilingnya.

Lim Sian See 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts