DUN KELANTAN BUBAR 22 JUN

335
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob hari ini membuat pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 22 Jun depan. 

Pembubaran tersebut yang telah mendapat perkenan baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sekaligus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Adalah saya, setelah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V bagi memohon ampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan Bagi Penggal Yang Ke Empat Belas.” 

Bahawasanya, menurut Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) memperuntukan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri.” 

Maka oleh yang demikian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke V dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 46 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama) telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan pada hari Khamis 03 Zulhijjah 1444H bersamaan 22 Jun 2023.”

Sehubungan itu, tarikh bagi PRN Kelantan akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa 60 hari kelak.

Sebagai rekod, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing akan membubarkan DUN pada 28 Jun dan 30 Jun manakala Selangor, Kedah dan Terengganu masih belum mengumumkan tarikh pembubaran.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts