TOK MAT: MEMANG ADA YANG KELUAR, TETAPI BIARLAH MUNASABAH

337
SHARES
2k
VIEWS

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan atau Tok Mat menyangkal dakwaan pemimpin UMNO yang dipecat iaitu Tan Sri Annuar Musa bahawa dua juta ahli UMNO telah meninggalkan parti itu. 

Tok Mat turut berkata kalau Annuar setakat ‘cakap’ sahaja, sesiapapun boleh. Beliau turut mengingatkan bekas Setiausaha Agung UMNO itu agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana rakyat boleh tahu ia munasabah ataupun tidak. 

Saya tidak tahu dari mana dia dapat angka tersebut. Kalau setakat mendakwa sayapun boleh kata ada dua juta orang yang masuk jadi ahli UMNO. Maka, terpulanglah, kalau ‘syok’ sangatpun, janganlah sampai begitu sekali, orang boleh fikir.” 

Itu berbahaya, dia boleh cakap apa sahaja. Memang ada yang keluar, ada mengikut dan ada kecewa tetapi tidaklah sebesar itu jumlahnya. Biarlah orang kata berwaspada dan munasabah.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu, malam tadi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts