PDRM MINTA BANTUAN INTERPOL KESAN JOCELYN CHIA

344
SHARES
2k
VIEWS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kenyataan bahawa pihaknya akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini bagi mengesan pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang kini dikatakan sudah menjadi warga Amerika Syarikat. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata permohonan berkenaan dibuat bagi membantu siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial.

Pada 7 Jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM.”

Siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sebagai rekod pelawak Jocelyn memperlekeh Malaysia dan lebih biadap beliau ‘menganjing’ tragedi MH370 dalam persembahannya bertajuk “Singapore vs Malaysia” di New York, Amerika Syarikat – yang mendapat kecaman ramai termasuklah rakyat dan kerajaan Singapura sendiri. 

Berikutan persembahan memalukan itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon telah memohon maaf atas kebiadapan Jocelyn serta memberitahu bahawa beliau bukan lagi rakyat Singapura.

Netizen pula meminta Amerika Syarikat menyemak semula dan membatalkan kerakyatan Jocelyn kerana menurut mereka kebebasan bersuara yang selalu dipromosikan oleh negara itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menghina mana-mana negara dan rakyatnya serta memperlekeh tragedi MH370. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts