SELEPAS IPT, KFC DAN MCD DIMINTA SEDIAKAN MENU RAHMAH

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Selepas institusi pengajian tinggi (IPT), kini kerajaan akan bertemu pihak penyedia makanan rangkaian terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald’s bagi mengembangkan program Menu Rahmah di sana. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata demikian ketika melawat salah sebuah restoran, Samballana Bistro di Petaling Jaya yang menyediakan chicken chop dan air minuman mint sebagai ‘Menu Rahmah’nya.

Netizen juga membuat pendedahan, apabila ada dalam kalangan mereka memberitahu bahawa menu kebiasaan yang dimakan sebelum ini turut mengalami penurunan harga. Mereka tertanya-tanya adakah Menu Rahmah yang hanya RM5 itu kini telah menyebabkan menu harian atau rutin mereka diturunkan kerana ‘penangan’ daripada inisiatif tersebut.

Ini juga bermakna boleh sahaja harga direndahkan selama ini, tetapi amalan sesetengah peniaga yang mahu untung segera kadang kala membuatkan rakyat pula yang tertindas. Sebagai rekod, Pasaraya Lotus’s sebelum ini sudah lama menyediakan ‘Menu Rahmah’ di setiap premis dalam medan selera atau food court mereka, yang memberikan pelbagai pilihan untuk pembeli. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/27598

Amalan baik seperti pasaraya inilah yang sepatutnya ditiru untuk dilaksanakan di seluruh negara. Jika perlu, wajibkan sahaja Menu Rahmah ini ke setiap restoran, kecuali di hotel dan restoran lima bintang yang tentu tidak akan dikunjungi oleh golongan yang memerlukan. 

Apapun tahniah kepada kerajaan dan diharapkan program Menu Rahmah ini bukan hanya inisiatif sementara tetapi wajar diteruskan sampai bila-bila, In Sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts