AG MENGELIRUKAN PM DAN YDPA

448
SHARES
2.6k
VIEWS

SPR yang kendalikan PRU-14.

Bersih mengadu kepada PM bahawa wujud salah laku di pihak SPR ketika mengendalikan PRU-14.

PM minitkan surat aduan Bersih berkenaan kepada AG.

AG menasihatkan PM untuk menubuhkan Tribunal Khas bagi memecat Anggota SPR.

AG merahsiakan dari pengetahuan PM bahawa kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan.

AG membiarkan PM mengadap Timbalan YDPA dan mempersembahkan Representasi kepada YDPA bahawa satu Tribunal Khas perlu diwujudkan untuk menyiasat salah laku.

Jika benar wujud salah laku berkenaan maka kesemua 6 anggota SPR berkenaan harus dipecat.

AG masih merahsiakan dari pengetahuan PM bahawa kesemua 6 orang anggota berkenaan telah meletakkan jawatan.

AG gagal menasihatkan PM bahawa Tribunal tidak boleh memecat mereka yang telah meletakkan jawatan.

Tribunal yang ditubuhkan di bawah Perkara 125 (3) hanya mempunyai 1 kuasa iaitu kuasa memecat.

DI BAWAH PRINSIP RULE OF LAW, SESEORANG YANG TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DIPECAT

DISEBABKAN TRIBUNAL INI TIDAK LAGI BOLEH MEMECAT JADI TIADA ASAS UNDANG-UNDANG UNTUK TRIBUNAL INI MENYIASAT SEBARANG ADUAN SALAH LAKU.

IA HANYA MEMBUANG MASA TRIBUNAL KERANA AKHIRNYA TIDAK BOLEH MEMECAT ORANG YANG TELAH MELETAK JAWATAN.

Selepas PM menasihati Timbalan YDPA untuk menubuhkan Tribunal Khas ini, YDPA telah berkenan untuk bersetuju dengan cadangan PM.

AG sekali lagi GAGAL menjalankan tugas Perlembagaan beliau untuk menasihati YDPA dan memaklumkan kepada Baginda bahawa sebenarnya pada Tarikh Perkenan Tuanku itu, kesemua anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan.

Jika AG menasihatkan PM dan YDPA serta tidak menyembunyikan maklumat ini dari pengetahuan PM dan YDPA, maka besar kemungkinan tidak wujud KESIPUAN pada hari Persidangan Tribunal seperti yang berlaku pada hari ini.

Perjalanan Tribunal hari ini yang dianggotai oleh 5 orang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Tertinggi Negara) telah berlangsung dengan keadaan penuh kesipuan kerana masing-masing memahami bahawa prosiding ini adalah hasil dari KECUAIAN DAN KESILAPAN AG yang gagal menjalankan tugas beliau.

Disebabkan itu, yang melakukan ‘salah laku’ sekarang adalah AG dan suatu Tribunal Khas perlu dibentuk di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan untuk memecat Peguam Negara.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co.)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts