ADAKAH UTUSAN MASIH DIMILIKI UMNO?

178
SHARES
574
VIEWS

Wartawan Utusan Malaysia, Herman Hamid menulis artikel di ruangan ‘Analisis’ yang bertajuk “Politik Malaysia pasca PRU-14 masih songsang”.

Antara yang ditulis mengenai ‘pembangkang’;

“Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya seperti masih tidak tahu nak pijak dekat mana sampai ada berkhayal nak bentuk kerajaan semula.”

Secara logiknya, semua pembangkang di dunia ini ‘berkhayal’ membentuk kerajaan dan terpakai juga buat BN dan UMNO khususnya yang pernah memerintah selama 60 tahun.

Pakatan Harapan sendiri yang berkhayal selama ini akhirnya berjaya membentuk kerajaan pada 10 Mei 2019 setelah menang ‘terkejut’ pada PRU-14.

Malah, faktor 5 tahun bukanlah lama, pembangkang ‘newbie‘ seperti BN perlu bekerja keras dari sekarang untuk mendapatkan kembali kerajaan.

Perkara ini bukanlah mustahil dan tidak perlulah Herman mentakrifkannya sebagai berkhayal.

Herman perlu lebih adil dan logik dalam melakukan “penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dan lain-lain); kajian” – rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pertama, Utusan dimiliki oleh UMNO.

Kedua, UMNO kini berada di blok pembangkang kerana kalah ketika PRU-14 dan secara tidak langsung akhbar Utusan menjadi wadah UMNO selaku pembangkang, walaupun ada yang tidak suka.

Ketiga, UMNO telah ‘move on‘ walaupun perlahan-lahan dan semoga akhbar Utusan juga  mampu move on bersama pemiliknya.

Buktinya, penyatuan PAS dan BN berjaya memenangi PRK Cameron Highlands walaupun seluruh jentera kerajaan bertumpu di sana.

Justeru selaku wartawan di sebuah akhbar dimiliki pembangkang, adalah lebih baik menumpukan pada kritikan terhadap kerajaan dan bukannya mengenai hal parti pemiliknya.

Herman juga menulis;

“Begitu juga BN. Kenapa nama Najib jadi sebutan kembali? Sebabnya beliau mengambil kesempatan atas isu-isu kelemahan kerajaan untuk troll PH dan natijahnya semua dapat saksikan. Ini dikatakan hidup pembangkang atas isu.”

Pertama, persoalan kenapa nama Najib boleh menjadi sebutan semula adalah kerana;

1) Beliau menjawab persoalan-persoalan khusus serta memberi pencerahan mengenai segala tindakan dan pelaksanaan kerajaan Pakatan Harapan

2) Beliau memberikan fakta-fakta yang tidak mampu disangkal oleh kerajaan sendiri dan diterima baik oleh rakyat terutamanya golongan muda.

3) Beliau menegur segala macam pelaksanaan kerajaan sehinggakan teguran beliau membuatkan kerajaan  menarik kembali pelaksanaan atau u-turn tersebut

4) Teguran beliau memberi manfaat dan menggembirakan rakyat

Perkara di atas antara yang membuatkan nama Najib menjadi sebutan semula secara ‘natural‘.

Kedua, hakikatnya setiap pembangkang memerlukan isu-isu untuk diketengahkan, apatah lagi kerajaan Pakatan Harapan mempunyai terlalu banyak isu sehingga diakui oleh Tun Mahathir sendiri.

Ketiga, BN tidak perlu mengambil kesempatan atas isupun kerana Pakatan Harapan sendiri membuka ruang seluas-luasnya sehingga menjadi isu.

Herman perlu membuat analisis terperinci untuk memahami hal ini melainkan beliau mempunyai tafsiran lain “bagaimana menjadi pembangkang yang baik tanpa isu-isu untuk diketengahkan”.

Beliau juga memberi saranan;

“Justeru, pemimpin BN, UMNO pula jangan malu-malu nak kritik kerajaan PH, sampai macam ada udang di sebalik batu. Dah jadi pembangkang sekarang, apa lagi ‘balunlah’ mana tak betul untuk dijadikan isu agar terus hidup. Malu apa bosku.”

Ambillah iktibar dan belajarlah dari Roketkini, Harakah dan akhbar Keadilan yang tidak mengkritik pimpinan dan bekas pimpinan tertinggi mereka yang masih dalam parti.

Belajarlah juga dari TV AlHijrah apabila bertindak pantas mengambil tindakan tatatertib ke atas wartawan yang mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Bagi mereka, perlakuan tersebut tersasar dari dasar syarikat penyiaran itu sebagai media dakwah.

Justeru, sedikit saranan buat pengurusan tertinggi Utusan;

Sebagai media dimiliki UMNO, jangan malu-malu nak kritik kerajaan dan wartawan kena pandailah mencari isu.

Malu apa, bossku?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts