MELAYU WAJIB BANGGA MENJADI RASIS BERPERLEMBAGAAN

268
SHARES
849
VIEWS

1. Ketika bertanding sebagai calon bebas di Parlimen P100 Pandan pada PRU-14 yang lalu, saya telah mula mempopularkan istilah ‘Rasis Berpelembagaan‘.

2. Ini kerana saya telah menerima realiti bahawa setiap kaum di Malaysia akan berjuang mempertahankan hak kaum masing-masing dan tindakan ini juga adalah satu unsur rasisme.

3. DAP dan MCA mewakili kaum Cina, MIC mewakili kaum India dan UMNO mewakili orang Melayu adalah bukti yang tidak boleh disangkal lagi bahawa unsur rasisme telah lama menjadi teras perjuangan parti-parti politik dan NGO di Malaysia sejak sekian lama.

4. Cuma malangnya disebabkan terlalu banyak peristiwa buruk telah berlaku di dunia dan kesemua tragedi berkenaan dikaitkan dengan rasisme maka lama kelamaan perkataan rasis yang asalnya mulia telah mula dipandang hina ibarat hinanya babi di mata orang Melayu.

5. Ini bermaksud rasis itu boleh dipandang dari pelbagai sudut berdasarkan apa yang ada dalam fikiran seseorang.

6. Serupa juga dengan babi, bagi orang Melayu, babi di pandang sebagai haiwan yang kotor dan menjijikkan selain diharamkan agama untuk memakannya sedangkan unuk orang Cina, mereka memandang babi sebagai hidangan yang amat menyelerakan.

Objek yang sama tapi dihuraikan dengan cara yang berbeza mengikut latar belakang dan kepercayaan seseorang.

7. Tidak menjadi kesalahan jika orang Melayu berpandangan sedemikian terhadap babi dan bukan juga menjadi kesalahan untuk bukan Melayu memandang babi sebagai menu yang menyelerakan kerana perbezaan bangsa dan agama kita.

8. Walaupun wujud perbezaan ketara, orang Melayu menghormati hak bukan Melayu untuk menikmati makanan kegemaran mereka dan pada masa yang sama, bukan Melayu tidak akan makan babi secara terbuka di hadapan orang Melayu.

Sama juga tiada hidangan daging lembu dijamu kepada tetamu kaum India kerana kita menghormati hak agama mereka walaupun pada orang Melayu, daging lembu adalah makanan kita.

9. Jadi jika ada yang menuduh saya sebagai rasis, saya mengakuinya dan menghargainya kerana saya memahami rasis itu dari sudut Rasis Berpelembagaan.

10. Apa itu Rasis Berpelembagaan?

Sepertimana konsep Raja Berpelembagaan begitu juga konsep Rasis Berpelembagaan. Rasis saya mengikut peruntukan-peruntukan yang telah sedia ada dalam Perlembagaan.

11. Perlembagaan kita telah mengehadkan konsep rasisme bagi menjaga keharmonian kaum yang pelbagai.

Ada sempadannya yang telah dihadkan Perlembagaan. Ikut sahajalah hak keistimewaan kaum yang dijamin dalam Perlembagaan di masa yang sama hormat juga kepentingan sah kaum-kaum yang lain.

12. Pastinya definisi rasis oleh mereka yang pernah menggelarkan saya sebagai rasis adalah berbeza dengan definisi saya. Mereka mendefinisikan rasis sebagai satu perbuatan menindas oleh kaum majoriti terhadap kaum minoriti dengan cara penghapusan etnik, pertumpahan darah dan peperangan.

13. Oh salah benar pilihan definisi rasis kamu tu. Definisi aku lebih tepat dan murni.

14. Jadi saya mencadangkan agar sesiapa yang berpandangan rasis sama agar anda membetulkan semula definisi rasis anda.

Kecuali itu definisinya yang anda akan buat jika anda berkuasa penuh di Tanah Melayu ini.

Salam hormat.

#RasisBerpelembagaan

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co.)

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts