Kejohanan Renang Dunia di Sarawak dibatalkan penganjurannya kerana Dr. Mahathir mengarahkan tidak membenarkan ahli-ahli sukan dari negara Israel masuk ke dalam negara Malaysia untuk bertanding di kejohanan tersebut.
Maka, penganjur membatalkan Status Tuan Rumah Malaysia daripada menganjurkan Kejohanan Renang bertaraf dunia tersebut.
Dr. Mahathir terus menerus menuduh Israel sebagai A Criminal State di ucapan beliau di Oxford, United Kingdom.
Maka, pergaduhan antara negara ekonomi kedua besar dunia, China mengenai pembatalan projek keretapi pantai timur ECRL dan hubungan dingin dengan Singapura, akibat penangguhan projek keretapi Kuala Lumpur ke Singapura (HSR), berterusan dengan permusuhan dengan Israel.
Permusuhan dengan Israel juga memulakan permusuhan dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (USA) yang menyokong perjuangan Israel.
Permasalahan sebenarnya bukanlah mengenai pemusuhan sangat dengan Israel tetapi isu Israel ini adalah merupakan satu isu lama, yang diketengahkan semula oleh Dr. Mahathir.
ISRAEL A CRIMINAL STATE.
Memang benar, Israel merupakan A Criminal State. Ramai rakyat Israel, rakyat Amerika Syarikat, Eropah dan dunia, mengakui hakikat ini. Tetapi, negara-negara dunia masih tidak dapat menyelesaikan perbalahan antara negara Israel dengan Palestin ini.
Perbincangan mengenai perbalahan antara dua negara ini sudah masuk berpuluh tahun dan beratus buku telah ditulis mengenai perjuangan yang belum selesai ini.
RAKYAT MULA SEDAR.
Rakyat kini mula sedar bahawa Dr. Mahathir mengunakan taktik lama, iaitu menyebutkan isu Israel dan Palestin, bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada pemasalahan yang timbul di dalam negara sendiri.
Rakyat kini mahu tahu, apa rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Pakatan Harapan untuk memulihkan ekonomi negara, untuk memulihkan harga komoditi sawit dan getah yang terus menjunam harganya di pasaran tempatan dan dunia.
Rakyat juga mahu tahu, apa rancangan jangka pendek dan panjang Dr. Mahathir dan Kerajaan PH meningkatkan kualiti hidup dan menurunkan kos sara hidup rakyat seperti di dalam Manifesto PH pada PRU-14.
Rakyat di akar umbi juga merasakan Dr. Mahathir harus berehat dahulu daripada berada di pentas dunia dan membincangkan isu-isu antarabangsa.
Sebaliknya, Dr. Mahathir dan kerajaan PH harus mengendalikan hal ehwal negara Malaysia, setelah 9 bulan memerintah negara ini.
Tidak perlu ada diversion tactics (mengalihkan pandangan) rakyat.
Mereka perlu menyelesaikan Isu-isu yang dekat di hati rakyat.
Satu Pandangan Oleh:
DSJ
10 Februari 2019