LAWATAN DIRAJA TANDA HUBUNGAN MESRA – DUTA BESAR SAUDI KE CHINA

346
SHARES
2k
VIEWS

Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman ke China mencerminkan hubungan dan perkongsian strategik yang sangat baik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang.

Duta Besar Arab Saudi ke China, Turki Bin Mohammed Al-Mady turut berkata, pemimpin tertinggi China menyambut baik kedatangan Putera Mahkota yang bermula semalam, menjelang pertemuan jawatankuasa bersama di Beijing.

Dalam pertemuan tersebut yang turut dipengerusikan oleh Putera Mahkota Saudi itu akan membincangkan pelbagai perkara melibatkan kerjasama bilateral antara negara, termasuklah manfaat dan perjanjian dalam memastikan pelaksanaan OBOR (One Belt One Road) dan Wawasan 2030 Saudi berjaya diperkukuhkan.

Selain itu, menurut Duta Besar Saudi, perjanjian dan memorandum persefahaman akan ditandatangani oleh kedua-dua negara dalam mesyuarat tersebut, antaranya dalam sektor tenaga, pelaburan, pengangkutan dan teknologi.

The national flags of Saudi Arabia (R) and China are displayed from a road lamp at Tiananmen square in Beijing on February 21, 2019. – Saudi Crown Prince Mohammed bin Salman is on a visit to China from February 21 to 22. (Photo by WANG Zhao / AFP)
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts