PERDANA MENTERI TIBA DI LAOS, PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

336
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Vientiane, Laos ditemani isteri Datuk Sri Wan Azizah Ismail dan delegasi dari Kuala Lumpur sempena lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri, TYT Dr. Sonexay Siphandone.

Kunjungan ini memberi peluang kepada negara untuk memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara Malaysia-Laos. Ia turut membolehkan momentum positif dibina sebelum Laos mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Indonesia pada tahun hadapan.

Selain bertemu pemimpin serta komuniti Islam Laos, Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan bersama rakyat Malaysia yang menetap di negara ini sekali gus berpeluang berkongsi dasar serta aspirasi Malaysia MADANI bersama mereka.

Di sebelah malam, delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Islam Laos di Vientiane. Perdana Menteri turut ditemani Menteri Luar Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan isu-isu terkait ummah terutamanya yang dihadapi oleh muslim di sana serta pelbagai isu dan perkembangan umat Islam di seluruh dunia.

Semoga lawatan ini dapat membawa manfaat buat kedua-dua negara, In sha Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts