TRAGEDI BOT PELARIAN KARAM DI PERAIRAN GREECE, RATUSAN DIKHUATIRI TERKORBAN

339
SHARES
2k
VIEWS

Ratusan pelarian dan pendatang yang dalam perjalanan dari Libya ke Itali dikhuatiri maut selepas bot nelayan yang dinaiki terbalik dan karam di luar pantai Greece. Setakat ini sekurang-kurangnya 79 orang telah disahkan terkorban dalam bencana itu. 

Kapal penyelamat dilihat bertungkus-lumus dalam usaha mencari dan menyelamatkan mangsa dalam bencana yang berlaku awal pagi Rabu. Menurut mangsa yang terselamat, tragedi dipercayai berlaku berpunca dari kegagalan enjin bot serta akibat suasana panik yang tercetus apabila penumpang yang terlalu sesak berusaha menyelamatkan diri masing-masing. 

Menurut Al-Jazeera, pihak berkuasa tempatan bimbang ratusan yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak dikhuatiri terkorban akibat terperangkap di bawah dek – yang akan menjadikan tragedi itu antara yang terburuk pernah direkodkan. Pakar mengadaikan peluang untuk mencari lebih ramai yang terselamat adalah minimum.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi menganggarkan bot nelayan yang melebihi muatan tersebut membawa antara 700 hingga 750 penumpang, termasuk sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak. 

Laporan dari Save the Children pula menganggarkan jumlah kanak-kanak yang terlibat adalah jauh lebih tinggi iaitu sekitar 100 orang. Laporan maritim mencadangkan bot tersebut dipercayai karam kira-kira 80km atau 50 batu dari bandar pantai selatan Pylos.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts