KIDZANIA MALAYSIA, SINGAPURA DIJUAL PADA ZAMAN MAHIADDIN

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Lim Sian See

KIDZANIA SINGAPURA

Khazanah tidak jual Kidzania Singapura. Sebaliknya Khazanah telah tutup syarikat tersebut dan telah serahkan kembali lesen Kidzania untuk Singapura pada Jun 2020 ketika Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah pengerusi Khazanah.

Syarikat Sim Leisure Singapura pula beli semua aset-aset dari pelikuidasi Kidzania Singapura dengan harga S$100,000 dan mohon kembali lesen. Kidzania Singapura akan dibuka semula pada tahun 2024.

KIDZANIA MALAYSIA

Khazanah jual Kidzania Malaysia kepada syarikat Sim Leisure Singapura pada Nov 2020 dengan harga RM3.8 juta ketika Mahiaddin adalah pengerusi Khazanah. Selepas membeli, syarikat Sim Leisure buka semula Kidzania Malaysia pada bulan April 2022 dan telah kaut keuntungan sekitar RM1 juta setiap bulan.

Kidzania Malaysia mencatat keuntungan RM6.46 juta bagi tahun 2022 walaupun hanya beroperasi selama 7 bulan sahaja – hampir dua kali ganda harga pembelian RM3.8 juta.

Rujuk berita, “KidZania chalked up a RM6.46 million profit in FY22, its first ever, seven months after it resumed operations in 2022” di pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2023/03/15/sim-leisure-group-rebounds-with-rm25-9mil-profit/

Sama dengan isu penjualan Silterra di mana Mahiaddin sebagai Pengerusi Khazanah telah menjualnya dengan harga RM273 juta sahaja kepada syarikat gabungan 60 peratus Malaysia dan 40 peratus China pada Januari 2021.

Selepas dijual, Silterra serta-merta mencatat keuntungan RM500 juta setiap tahun dan kini bernilai sekitar RM2.5 bilion.

Seperti apa yang Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pernah bantah ketika penjualan Silterra di tengah-tengah darurat, ia langsung tidak masuk akal untuk menjual satu-satunya syarikat semikonduktor yang 100 peratus dimiliki negara ketika seluruh industri elektronik dunia sedang ‘booming‘.

Di bawah Mahiaddin, nilai aset bersih Khazanah terus menjunam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts