TUN M SURUH ‘KATUK’ KEPALA LIM GUAN ENG

255
SHARES
603
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

1 Mac 2019

Menurut Tun M semasa berkempen semalam, apapun keputusan di Semenyih, kerajaan tidak akan bertukar. Kerajaan PH tetap kekal. Kalau pilih BN, Zakaria tidak boleh buat apa apa. Setakat janjilah kerana yang berkuasa adalah Kerajaan PH.

Sebab itu menurut Mahathir, janji 5 agenda utama Aiman calon PH boleh ditunaikan kerana Kerajaan PH yang berkuasa.

Boleh percaya ke tu? Janji 100 hari pun tidak tertunai, inikan pula janji baru Aiman. Tiba tiba sahaja Tun M kata janji Aiman untuk buat hospital baru Kajang boleh dilaksanakan. Lantas dia minta Lim Guan Eng semak balik permohonan itu.

Kalau tidak Tun M kata “kita katuk kepala Lim Guan Eng”.

Sepatutnya Tun M terus turun ke bawah pentas dan katuk kepala Lim Guan Eng pada masa itu juga. Kebetulan dia ada di depan pentas. Bukan katuk sekali tetapi Tun M kena katuk dia banyak kali. Banyak sangat menipu termasuk menjual aset Tabung Haji dan Khazanah.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Dr Zulkifli Ahmad kata “no way akan buat hospital baru di Semenyih”. Justeru, kita akan lihat sandiwara Tun M selepas PRK tersebut. Semoga rakyat Semenyih yang tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk mengundi tidak akan tertipu.

Sepatutnya janji Aiman, “2 haribulan  saya menang, maka 3 haribulan semua masalah akan selesai” ditukar kepada “2 haribulan menang, maka 3 haribulan tarikh itu tidak lagi wujud dalam kalendar” adalah paling sesuai.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts