ARAB SAUDI MENYERU MASYARAKAT ANTARABANGSA MENGECAM EKSTREMISME, KEBENCIAN DAN KEGANASAN

97
SHARES
312
VIEWS

Arab Saudi memperkukuh tindakan mereka untuk menghadapi ancaman ekstremisme dan kebencian, selepas serangan pengganas ke atas dua masjid di New Zealand pada Jumaat lepas.

Semasa mesyuarat mingguan yang dipengerusikan oleh Raja Salman Al-Saud, Kabinet Saudi menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil sikap yang lebih tegas terhadap mereka yang cuba menyebarkan kebencian, ekstremisme dan keganasan.

Majlis Menteri menyatakan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan Christchurch dan juga rakyat dan kerajaan New Zealand.

Pertemuan yang diadakan di Istana Al Yamamah di Riyadh, turut membincangkan mengenai penyertaan Saudi dalam Persidangan Brussels ketiga bagi menentukan masa depan Syria dan rantau ini. Kabinet juga mengkaji semula cadangan membincangkan bidang kerjasama Arab-Kesatuan Eropah atas  maksud keamanan, kestabilan dan perpaduan Syria.

Arab Saudi yang hadir pada sesi ke-40 Majlis Hak Asasi Manusia PBB  di Geneva, turut menegaskan penentuan mereka untuk meneruskan usaha dalam melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia.

Selain itu Kabinet Saudi turut memuji Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo yang mengesahkan sokongan berterusan mereka terhadap gabungan yang dipimpin oleh Saudi, untuk menyokong kerajaan Yaman yang sah dan menangani campur tangan Iran.

Majlis Menteri kemudiannya memberi kuasa kepada Menteri Kebudayaan Putera Badr bin Abdullah Bin Farhan untuk membuat draf memorandum persefahaman (MoU) dengan Rusia bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua negara dalam kebudayaan.

Mereka turut meluluskan usaha untuk perbincangan dan menandatangani perjanjian MoU yang sama, dengan UNESCO.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts