NANAS, BULUH DAN KINI GANJA… MENAMBAH BUKTI KEBODOHAN PAKATAN HARAPAN

607
SHARES
2.5k
VIEWS

Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya pandai memilih individu yang bijak mengenalpasti punca pendapatan baru buat negara dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat akibat perbuatan  pemimpin mereka sendiri.

Jika Salahuddin Ayub sebelum ini mencadangkan para nelayan menanam nanas MD2 dan rambutan mutiara merah serta mutiara madu di belakang rumah masing-masing, kebodohan menteri-menteri Pakatan Harapan diteruskan dengan Teresa Kok yang mencadangkan tanaman buluh sebagai alternatif menggantikan tanaman sawit.

Menurut Menteri Industri Utama ini, cadangan buluh ini adalah bertujuan bagi melawan sentimen anti minyak sawit yang dijalankan oleh Eropah sekali gus menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global.

Manakala rasional Salahuddin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula, penanaman nanas dan rambutan ini adalah supaya para nelayan dapat menambah pendapatan melalui tanaman sampingan tersebut dan tidak hanya bergantung hasil kepada laut semata-mata.

Cadangan-cadangan ini sememangnya tidak masuk akal dan menggelikan hati namun kini terdapat satu cadangan yang boleh membuatkan masyarakat di negara ini lupa akan cadangan-cadangan tidak masuk akal yang lain sebelum ini iaitu apabila ADUN Bersatu, Mohd Shaid Rosli mencadangkan agar Selangor menjadi pengeluar terbesar ganja di dunia.

Menurut ADUN Jeram ini, negeri Selangor berpotensi menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia dan malah mengatasi industri tanaman sawit yang menjadi antara industri utama negara.

“Izinkan saya memberi contoh. Anda boleh mendapat RM3,000 seekar dalam setahun untuk minyak sawit.”

“Tetapi ganja boleh membawa hasil pulangan sehingga RM9 juta setahun… satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun.”

“Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan.”

Kenyataan beliau disambut gelak ketawa daripada ADUN yang lain, malah satu negara sedang menggelakkan beliau dan Pakatan Harapan ketika ini.

Justeru, rakyat Malaysia sentiasa diingatkan agar berhati-hati memilih pemimpin yang akan memimpin negara agar perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

Jangan tersilap lagi memilih mereka yang tidak pandai menunaikan janji, memperlekeh manifesto sendiri dan hanya tahu memberi cadangan-cadangan yang tidak masuk akal.

Ditambah buruk apabila mereka ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang sentiasa mengaku tidak tahu apa-apa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts