BERKADAR DALAM MENGHINA MELAYU

233
SHARES
508
VIEWS

Selepas Tun Mahathir menghina Melayu dengan mengatakan Melayu lemah, malas dan tidak pandai urus duit, kini Tun Daim pula mengatakan kita tak perlu lagi memperjuangkan Melayu. Kita bangsa Malaysia katanya.

Dua insan utama negara ini telah berpuluh tahun bergerak atas parti politik Melayu dan menang kerana disokong oleh orang Melayu tapi kini mereka sudah beralih arah.

Malangnya, selepas mereka berkuasa puluhan tahun dan mengaut segala hasil mahsul negara atas nama Melayu, kini Melayu pula mereka lupakan. Malah ditohmah.

Adakah semua Melayu malas, tidak pandai mengurus wang, lemah atau ini hanya sekadar retorik untuk kekal berkuasa?

Kalau pemimpin sendiri sudah mendoktrinkan sifat orang Melayu sebegini, maka tidak hairanlah lama kelamaan anak-anak muda Melayu tidak lagi yakin pada diri sendiri. Mereka akan dimamah oleh orang lain seperti api membakar sekam.

Saya hairan kenapa saban hari pemimpin-pemimpin Melayu asyik menghentam bangsa mereka sendiri? Apa agenda mereka? Siapa di belakang mereka?

Hilang harta boleh dicari, robohnya jati diri sukar untuk bangun kembali.

Namun saya yakin apabila tiba PRU nanti mereka akan kembali kepada orang Melayu.

Apabila mereka sakit, orang Melayulah yang akan mendoakan mereka. Apabila mereka mati, orang Melayulah yang akan memandi dan menanamkan jenazah mereka.

Jadi berkadarlah menghina bangsa sendiri.

Tn. Hj. Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

31 Mac 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts